TARIKH : 30 JANUARI 2007 (SELASA)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : SG. COMO, KENYIR TERENGGANU
MAJLIS INI AKAN DILANCARKAN OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI
TARIKH : 30 JANUARI 2007 (SELASA)
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : SG. COMO, KENYIR TERENGGANU
MAJLIS INI AKAN DILANCARKAN OLEH Y.A.B. PERDANA MENTERI
Biasanya kawan-kawan yang bertanya kat saya macam mana nak gi kursus? aku tak tahu..nak kena gi mana? Adakah kursus macam tu..kena bayar ker? Bermacam2 yang bermain didalam minda mereka. Tidak mengapalah saya kan mencuba mengketengahkan perkara-perkara macam ni ke sini. Dok payah pening..klik jer terus leh dapat….
Berikut Kursus-kursu dibawah kelolaaan Jabatan Perkhidmatan Haiwan(JPH) untuk tahun 2007, klik pada link dibawah:
Kursus-kursus yang dijalankan di Institut Haiwan Kluang Johor.
Kursus-kursus yang dijalankan di Institut Pengurusan Veterinar,Cheras.
Kursus-kursus yang dijalankan di Institut Kemajuan Ternakan Ayam,Johor Baharu.
Kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Latihan Ternakan Ayam Ayer Keroh,Melaka.
Kursus-kursus yang dijalankan di Pusat Latihan Veterinar Cermin Kiri,Dungun,Terengganu.
Sila muat turun borang permohonan kursus:borang-kursus-lpk1-01.pdf
Untuk pengetahuan pengambilan pelajar-pelajar baru Kolej Latihan Pertanian Kebangsaan 2007 sudah bermula.

untuk lihat iklan penuh: Klik disini
untuk muat turun borang pengambilan:Klik sini
Alamat Untuk Dihubungi:
Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC)
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,
Aras 3, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62624 PUTRAJAYA.
Tel: 8870 1000 Fax: 03-88701699/ 88886908.
Jadi..kepada mereka yang lepasan PMR atau SPM boleh lah menyertai pengambilan tersebut kalau berminat. Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan(NATC) adalah sama dengan konsep dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan(MLVK). Cara pembelajaran cenderung kepada “hands-on” dan latihan pratikal.
Objektif utama DPN3 adalah untuk memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini. Ia meliputi usaha memaksimakan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani, penternak dan nelayan. Secara spesifik, objektif DPN3 adalah untuk:
i Meningkatkan sekuriti makanan (food security)
ii Meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
iii Mengukuhkan pertalian dengan sektor-sektor lain
iv Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
v Memulihara dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
Read the rest of this entry »
![]()
![]()
![]()
TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :
1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber
pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; 2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan
kepelbagaian produk;
3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;
4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan
5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.
SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :
a. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan
sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;
b. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;
c. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak
5.2%; dan
d. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan
pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.
e. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah
disasarkan.
Akhirnya lahirlah blog ini pada 25hb Januari 2007. Diharapakan kepada mereka-mereka yang berminat dengan bidang pertanian,penternakan dan perikanan bersama-sama menimba ilmu dan berkongsi idea disini.