Nie lah beberapa imej dari kamera yang aku ambil di kandang kambing si opy(member kami di melayu.com). Berkonsepkan secara paddock atau senang cakap jenis terbuka dan dibina di atas tanah pasir(perhatikan gambar ibu kambing dengan anaknya tu..)
Ladang nie terletak di Bangi,Kajang berdekatan dengan PLPP. Pada mulanya saya pun tak percaya apa yang terdapat dalam kawasan beliau. Bukan setakat pelbagai baka kambing yang ada dari boer,kampung,jamnapari dan (bebiri)barbados tetapi cukup lengkap pula dengan sumber makanan(rumput) yang sesuai untuk ternakan kambing seperti rumput shogum,malberi,napier,dwarf,jagung dan rumput guinea.
Berbalik pada konsep yang anda lihat terdapat pelabagai pro and con yang bermain dalam minda saya. Kalau dari segi konsep kandang bertiang ianya memang sangat digalakkan oleh JPH kerana atas faktor kesihatan dan pengurusan kambing itu sendiri. Untuk konsep sebegini pula dikhuatiri pula dari segi penjagaan kesihatan kerana terletak diatas tanah. Tetapi apa yang diterangkan oleh kawan kami En.Amir, Pengurus di situ beliau menyatakan bahawa konsep ini selamat kerana menggunakan tanah pasir dan di lapisan bawah tanah pula diletakkan paip-paip kecil untuk mengalirkan air kumbahan dari tapak kandang tersebut(anda boleh lihat betul-betul pada gambar yang kedua akhir di atas). Tanah pasir tersebut pula boleh di “recycle” semula dengan dibawa keluar untuk dibersihkan dan disembur “chemical” untuk menghilangkan jangkitan kuman atau bakteria.
Konsep sebegini juga memerlukan modal yang minima..berbanding dengan konsep bertiang maka sesuai untuk penternak-penternak yang baru bermula tetapi harus diingat pengurusan penjagaan kesihatan kambing sangat perlu diberi perhatian dalam konsep sebegini. Selagi ada daya dan usaha, konsep bertiang atau tidak bukan menjadi halangan seharusnya.
Ladang ini adalah dibawah pengawasan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) iaitu anak syarikat bagi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP). Ladang ini juga di jadikan ladang R&D bagi baka bebiri barbados. Idea kewujudan ladang ini diilhamkan oleh Mantan Dato’ Haji Alam Perang Zainuddin, bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) bapa kepada kawan saya tadi..si opy.
wassalam…




























