Bob

Idea Kandang Kambing di atas tanah?..persoalannya?

In agriculture on April 27, 2007 at 4:58 pm

Nie lah beberapa imej dari kamera yang aku ambil di kandang kambing si opy(member kami di melayu.com). Berkonsepkan secara paddock atau senang cakap jenis terbuka dan dibina di atas tanah pasir(perhatikan gambar ibu kambing dengan anaknya tu..)

Ladang nie terletak di Bangi,Kajang berdekatan dengan PLPP. Pada mulanya saya pun tak percaya apa yang terdapat dalam kawasan beliau. Bukan setakat pelbagai baka kambing yang ada dari boer,kampung,jamnapari dan (bebiri)barbados tetapi cukup lengkap pula dengan sumber makanan(rumput) yang sesuai untuk ternakan kambing seperti rumput shogum,malberi,napier,dwarf,jagung dan rumput guinea.

Berbalik pada konsep yang anda lihat terdapat pelabagai pro and con yang bermain dalam minda saya. Kalau dari segi konsep kandang bertiang ianya memang sangat digalakkan oleh JPH kerana atas faktor kesihatan dan pengurusan kambing itu sendiri. Untuk konsep sebegini pula dikhuatiri pula dari segi penjagaan kesihatan kerana terletak diatas tanah. Tetapi apa yang diterangkan oleh kawan kami En.Amir, Pengurus di situ beliau menyatakan bahawa konsep ini selamat kerana menggunakan tanah pasir dan di lapisan bawah tanah pula diletakkan paip-paip kecil untuk mengalirkan air kumbahan dari tapak kandang tersebut(anda boleh lihat betul-betul pada gambar yang kedua akhir di atas). Tanah pasir tersebut pula boleh di “recycle” semula dengan dibawa keluar untuk dibersihkan dan disembur “chemical” untuk menghilangkan jangkitan kuman atau bakteria.

Konsep sebegini juga memerlukan modal yang minima..berbanding dengan konsep bertiang maka sesuai untuk penternak-penternak yang baru bermula tetapi harus diingat pengurusan penjagaan kesihatan kambing sangat perlu diberi perhatian dalam konsep sebegini. Selagi ada daya dan usaha, konsep bertiang atau tidak bukan menjadi halangan seharusnya.

Ladang ini adalah dibawah pengawasan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) iaitu anak syarikat bagi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP). Ladang ini juga di jadikan ladang R&D bagi baka bebiri barbados. Idea kewujudan ladang ini diilhamkan oleh Mantan Dato’ Haji Alam Perang Zainuddin, bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) bapa kepada kawan saya tadi..si opy.

wassalam…

  1. Akm…Saya tetarik tentang ternakan kambing boer..saya dari kuching, sarawak…jadi saya nak tahu bagaimana nak dapat kursus dan kambing boer….sekian terima kasih.

  2. assalamualaikum

    saya ingin menjadi seorang penternak kambing tetapi masih dalam pencarian baka kambing yang sesuai utk diternak di kawasan kpg saya .disini saya ingin mendapat nasihat daripd
    orang2 yang berpengalaman dalam bidang ini..

    sekian terima kasih ..

  3. boleh hubungi saya 0122028724..dan saya akan terangkan bagaimana

  4. Saya indra dari malang jawa timur (Indonesia).
    Bisa kasih saya info mengenai beternak kambing boer ?? saya mau mengembangkan peternakan kambing boer d malang jawa timur. Terima kasih

  5. Assalamualaikum.
    Saya ada kedua2 jenis kandang i.e. pasir dan bertiang. Dari pengalaman saya dari segi kawalan penyakit atau kesesuaian ternakan, kandang pasir sesuai untuk bebiri & bukan kambing Ini disebabkan oleh alahan nyamuk yang amat ketara dikandang pasir.

  6. Di zaman teknologi dimana semua maklumat berada dihujung jari, anda cuma perlu mengaplikasikannya didalam kehidupan seharian. Contohnya semua maklumat dan transaksi perniagaan masa kini boleh dicapai melalui internet .

    Bagi memenuhi kehendak teknologi zaman ini, kami telah menyiapkan satu perisian komputer tentang pengurusan haiwan ternakan kambing yang mana setiap haiwan ternakan menpunyai tag dan gambar untuk pengenalannya, dan juga sejarah kesihatan, program pemakanan, tarikh lahir, tarikh due untuk dikahwinkan dan juga dosage calculator untuk memberi ubat berdasarkan berat badan ternakan.

    Lawati blog untuk keterangan lanjut: http://ladangkambingkami.blogspot.com
    atau e-mail othman-9@streamyx.com

  7. Saya tetarik tentang ternakan kambing boer..saya dari chukai kemaman…jadi saya nak tahu bagaimana nak dapat kursus dan kambing boer….sekian terima kasih.

  8. saya berminat nak cari baka barbados,santa ines..sape yang ada penjantan yang cantik col saya 0129808402

  9. Sila layari laman web ini untuk mendapatkan baka boer

    http://emasperak.com/category/image-galleries/pertanian

    kalau nak promote kambing pun boleh, percuma jer…
    boleh bubuh banyak mana kambing pun x per, tuan dia x mare

  10. What a stuff of un-ambiguity and preserveness of precious
    know-how about unpredicted emotions.

  11. Fenomenala ocena. Właśnie tego szukałem. Prześlę tę stronę znajomym.
    Zaświadczam iż będę tu wracał. Szczęścia w dalszym pisaniu.

  12. As an enthusiast of information technology
    invite all lady interested in IT at my blog. By getting of experience training
    describe I control and beat different type equipment – starting by
    with mobile phones, on seriously HP servers,
    IMB or Cisco. Good relations with distributors accesses give me to many gear lot before the premiere.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: