Semalam 25 Hb Ogos 2007 adalah hari yang amat bermakna buat usahawan-usahawan ternak kambing didalam kumpulan kami kerana berpeluang beramah mesra,berkenalan dan bersoal-jawab bersama penternak boer yang berjaya di Australia,Mr.James dan Mr.Jeff dari Ladang Capricorn. Malah dengan senang hati mereka meluangkan masa untuk meninjau kandang dan bertukar pelbagai idea yang memberansangkan…
Komitmen yang diberi oleh mereka juga kami amat hargai..ini lah salah satu tuan punya farm di australia yang dimana baka2 kami bekalkan kepada client2 kami…kami tidak dapat nak buat secara terbuka pertemuan ini kerana kesuntukan masa dan beberapa perancangan yang lain harus dibuat bersama breeder tersebut…
Apa-apa pun hopefully pertemuan ini menjadi titik tolak bagi penternak muda dalam kumpulan kami untuk mendapat informasi yang berguna dan memotivasikan diri mereka…
aku tak larat nak taip2 panjang dan detail sangat kerana aku kurang sihat so untuk lebih cerita dan gambar boleh juga tumpang tengok di blog rakan network kami di http://boervilla.blogspot.com

layari katalog harga kami di:
https://www.agribazaar.com.my/bob_jutawantani/


























































