Bob

Jangkaan Ketibaan Kambing Boer pada 23hb Ogos 2007

In agriculture on Ogos 13, 2007 at 4:42 pm

f4f52.jpg

Boer F4/F5

goatsf3f4.jpg

Boer F2/f3

Inilah kambing2 yang akan dibawa masuk untuk shipment seterusnya pada 23hb Ogos ini. Alhamdulilah diharapkan semuanya akan berjalan lancar. Sukacitanya juga kami ingin memaklumkan kepada semua “buyer” yang telah membuat tempahan sila kemaskini status tempahan anda dan sila jelaskan bayaran deposit(tunai atau cek-kepada “JUTAWANTANI NETWORKS ENTERPRISE“) dan segala dokumen akan diuruskan.

 

*mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan

 

Kepada kawan-kawan penternak yang lain mengenali saya..dan ingin bersama-sama menyaksikan ketibaan kambing-kambing tersebut sila email nama anda dan no handphone untuk dihubungi….”Majulah Industri Kambing Untuk Negara”

 

*insyallah mereka yang datang berpeluang untuk bersama berdiskusi dengan salah seorang penternak dari australia bersama shipment ini..

 

email saya: mybob_online2u@yahoo.com

 

jutawantanifarm@gmail.com

 

Bob – 0122028724 atau syazwan 013-3601422

 

 

 

 

 

 

About these ads
  1. First time aku dengar blog pasal kambing. Not bad. Banyak gak benda2 baru kali ini. Tak rugi datang sini. Apa-apapun. Banyak kambing..:)

    Raya nih mesti masyuk punye..

  2. terima kasih kerana melawat…

  3. dah tentunya masyuk sakan… raya dan juga puasa dan juga tanpa musim sekali pun… masyuuuuuuuuk….

    wah pakcik kayo den… tak tau nak kata apa dah…. bersyukur yang teramat sangat…

    adesh, saya mana ada kambing daaaaaaa….

  4. [...] Anda jugak boleh menjenguk hasil penternakan kambing tersebut untuk mendapatkan maklumat selanjutnya… Kemudian bolehlah berkira-kira untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan melalui penternakan kambing pulak jika ada peluang dan masa yang terluang… [...]

  5. huhu…saya memang minat bidang ini…Insyaallah saya akan hubungi anda untuk maklumat lanjut mengenai kambing boer…dan sememangnya sy sedang mencari info mengenainya…tq kerana telah membuka peluang n memberi lorong kepada saya untuk mendapat sedikit sebanyak info ini…

  6. Bro,
    tanya sikit… ada tak mana2 agensi kerajaan atau bank yg boleh bagi loan 100% utk buat penternakan kambing nih….

    dah lama terpikir nak jadi pengembala kambing nih tapi fulus tak mengizinkan… :(

  7. bab nie yang payah….aku tak pasti ada ke tidak yang boleh terus kasi 100%..sepengalaman..mau2 tak mau kena start sket2 dulu..then baru mohon untuk expand..kecuali kalau boleh dapatkan mana2 funder..sekarang nie ramai yang bermurah hati nak jadi funder kalau kena caranya…

  8. assalammulaikum…bang…nama saya alif n berasal dari joho…saya minat la ngan ternakan kambing boer nie..leh x saya nak tahu mna nak dapatkan bekalan kambing boer nie???kalau abg ada masa le x balas kat email saya..alifbaa2004@yahoo.co.uk..wsalam..

  9. Walaikumsalam saudara alif maksudkan bekalan boer dari luar negara atau dari dalam malaysia nie? kalau dalam malaysia nie ramai yang boleh bekalkan mengikut kategori…tetapi jikalau nak stok terus dari luar negara australia pun boleh..

  10. Assalamualaikum saudara Bob..
    Nak tanya selepas ni ada lagi ke shipment nak bawa masuk kambing boer dari luar negeri (exm. australia)?

  11. memang ada bulan ni..tarikh belum diputuskan lagie. boleh update dengan saya..pls tinggalkan nama dan hp no..

  12. Saudara Bob, Saya ni merupakan bakal pesara kerajaan dan berhasrat untuk memulakan perusahaan ternakan kambing boer. Saya telah pun berbincang dengan beberapa orang rakan yang sama2 menuntut di US dahulu dan bersetuju untuk memulakan perusahaan ternakan ini secara besar2an, masalahnya di Sabah ini amat susah untuk mendapatkan baka kambing jenis ini, Jabatan Haiwan dan Perusahaan Ternak sabah juga seolah-olah tidak mempunyai info tentangnya. Saya berhasrat untuk memulakan penternakan ini dengan 5,000 ekor kambing, boleh kah saya mendapatkan bekalan senbanyak itu di Malaysia ini atau saya terpaksa mendaptkan nya dari luar negara? Boleh tak saudara berikan anggaran kos (per head) jika terpaksa di import dari Australia?

    Sekian terima kasih.

  13. Terima kasih saudara ashrie kerana melawat blog saya nie..ye betul ramai yang dari sana..menghubungi saya dan menyuarakan perkara yang sama..Masalah disini yang mungkin menyebabkan perkara ini terjadi…ialah bab logistik..

    Saudara ashrie..nasihat saya tidak ada masalah untuk memulakan ternak kambing boer ini secara besar-besaran..saya sendiri bersyukur kalau saudara ashrie mampu berbuat begitu..cuma saya berharap saudara ashrie sudah melengkapkan diri dengan ilmu menternak kambing boer ni kerana bilangan 5000 ekor itu bukan lah satu tugas yang mudah untuk menguruskannya..

    Tentang bekalan tu secara kasarnya one shot dari satu kandang saya rasa memang tidak ada farm yang boleh membekalkannya…alternatifnya memang kita ambil terus dari Australia..Insyallah saya boleh membekalkannya. Segala konsultansi diberi dari mula hinggalah projek bermula..

    Untuk berikan anggaran kos per head(diimport) untuk lebih jelas saya harap en. ashrie email saya alamat email saudara di mybob2u@gmail.com atau di 0122028724/0133031978 dan insyallah saya akan terangkan..kerana ada beberapa perkara harus jelas dari spesifikasi…anak,dewasa,umur,berat,jantan/betina,FB,F1-F5..dll..

    *secara relatif dengan jumlah tersebut..mengimport terus dari australia adalah lebih ekonomi…

  14. saper2 yg perlukan modal busne kambing nih..contact ler kami,insyallah kami bantu..

  15. yooo!!!not bad bro… memang u all moving by profesional….me too really ada juga minat nak menternak kmbg yang berbaka.anyway selamat berjaya..sebagai jutawantaiiii i’ll menghubungi u all jika plan sudah berjaya ….
    thanks
    nathan

  16. Bro…

    Solution utk kambing yg anda blogkan hari2…kambing..kambing…
    Bau busuk??? ceret beret???

    Probac @ EM adalah kultur campuran Bakteria asid laktik, Bakteria fotosintetik, Kulat penapaian dan Yis yang baik digunakan dalam sektor pertanian, perternakan, perikanan, pengomposan, rawatan bau, rawatan air, kegunaan isirumah, produk kesihatan, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, pembersihan dan lain-lain.

  17. saya mau memulakan penternakan kambing boer/jamnapari bagaimana nak dptkan modal.

  18. ASM/Salam sejahtera semua.

    Semoga apa yang diketengahkan disini menjadi panduan. Yang baik dibuat panduan dan yang tidak baik jadikan sempadan.

    Agar apa yang dicitakan akan berhasil dengan kehendakNya.

    http://www.perigiduit.com/ref=AUNI

    http://BinaJutawan.biz/bjb4u

  19. asalamualaikum, saudara bob.

    saya ingin memulakan ternakan kambing secara kecil-kecilan bersama rakan-rakan.. saya memerlukan khidmat nasihat serta bagaimana ingin menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan..

    saya bercadang untuk memulakan dengan 50 ternakan sebagai percubaan pertama dan harap saudara bob dapat beri khidmat

  20. Walaikumsalam saudara

    Tahniah kerana berminat dengan industri ternakan ini…boleh insyallah..apa yang saya boleh bantu..saya akan bantu..cuma pada permulaan ini anda perlu halatuju..kena tahu apa prospek pasaran, baka, infrastruktur kandang, tanah dan mcm2 lagi..tak dapat saya nak terangkan semua disini..tapi saya akan cuba beri sedikit nota panduan..

    peribadi dari saya setiap usahawan yang kami bimbing sebelum ini yang mengambil baka kambing boer dari kami diberi peluang untuk belajar dan diberi konsultansi secara percuma…

    wassalam

  21. asalamualaikum, saudara bob.

    Pada 5-7/11/2007 saya telah menghadiri kursus ternakan kambing pedaging, saya berminat untuk memulakan ternakan kambing secara kecil-kecilan .
    Oleh itu saya berharap saudara dapat memberi khidmat nasihat serta bagaimana ingin menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan..

  22. menarik pasal info kambing. sy ada jugak perancgn. tp wat masa ni fokus stdy :)

    thanks kongsikan ilmu anda

  23. salam bro…

    saya memang berminat dalam penternakan kambing ni..tp sy memerlukan khidmat nasihat serta bagaimana ingin menjalankan perniagaan ini..harap saudara bob boleh membantu…

  24. insyallah boleh hubungi saya untuk citer intro..

  25. [...] anda semua tak percaya meh korang klik link ini http://jutawantani.wordpress.com/2007/08/13/jangkaan-ketibaan-kambing-boer-pada-23hb-ogos-2006/ semuanya cerita pasal kambing. Hari-hari kambing. hohoho. Menariknya, capaian blog ini dalam [...]

  26. Saudara Bob,
    Saya bekerja tetap dgn syarikat swasta tetapi bercadang untuk memperbesarkan ternakan kambing boer kacukan yang sedang diusahakan oleh ayah saya. Buat masa sekarang, kami mempunyai seekor kambing jantan boer dan seekor kambing betina jamnapari dan diternak di halaman rumah. Masalah yang kami hadapi sekarang adalah :

    i ) Sukar untuk membuat pinjaman modal RM 15000 daripada bank/agensi kerajaan kerana masing-masing
    menetapkan syarat spt penjamin/cagaran/pendaftaran syarikat.

    ii) Projek pembesaran ternakan kambing akan dijalankan di tanah milik ayah saya yang berbukit tinggi dan perlu berhadapan dgn masalah kecurian

    Minta pertolongan saudara memberi nasihat di atas masalah-masalah di atas

  27. Sudahkah anda menyediakan diri dengan perlindungan insurans dan simpanan untuk masa depan? Adakah anda juga mahu menyediakan simpanan untuk pendidikan anak-anak sebagai persediaan ke Universiti? Jika berminat dengan Etiqa dari kumpulan Maybank sila e mail:

    mns01j@gmail.com

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: