Alhamdulilah segalanya berjalan lancar pada majlis jamuan hari raya aidilfitri kami yang berlansung di kandang. Kehadiran rakan-rakan seperjuangan malah beberapa rakan-rakan baru menghangatkan suasana. Dari KTL Farm ada, Mahasuria ada, forumer dari bicarajutawan.com/forum pun ada,rantau farm dan ramai lagi. Kami betul-betul terharu dengan sambutan yang diberi. Sesi dialog mengenai penternakan boer menjadi rancak dengan lawatan ke kandang dan menyaksikan kambing-kambing boer yang sedia beraksi hehehe..walaupun letih melayan tetamu tetapi kami puas kerana dapat mengeratkan silaturahim…by the way.. saya attach beberapa gambar dari majlis tersebut.
Tetamu yang hadir…dari rakan2 seperjuangan, orang kampung dan rakan usahawan yang lain.
Menjamu selera..nie semua dah lapor bebenar yer…huhuhu
mengiringi tetamu yang datang…kak su dari mahasuria
fuhhh nie menu yang paling cepat habis sekali..daging kambing..dibakar…perghhh meliur dibuatnya…si nasir dari rantau farm menjadi chef..hehehehe..tq nasir..
Beberapa thumbnail dari majlis tersebut:
Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!






























he he he tu tukar bakar bidang terjun tu. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudir jemput kami. Tahun depan kalau ada lagi, jangan lupa jemput.
Kami mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi menjemput kami ke Majlis RAYA yang Meriah ini, walaupun kami ni, bak pepatah kami juga; ilmu sekangkang kera….
Komen sikit; daging Jamnapari panggang tu, sampai nak tercabut gigi kami dibuatnya! Sorry Bob… next year improve lagi! TAPI kari Boer OK, yummy.. yummy…
Terima kasih sekali lagi kepada semua, kerana teramat sudi dan tak penat melayan soalan2 cepumas kami!
Salam, dari kak Suhana dan kak Sumathi, Mahasuria.
Salam,
Tahniah bro
Raya haji ada lagi ker??
salam esis…
tq. raya haji??? emm akan di pertimbangkan…insyallah..