Bob

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (MGBA)

In agriculture on Ogos 13, 2008 at 12:31 pm

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya. Kaunter Penerangan dan pendaftaran keahlian akan dibuka semasa MAHA2008 di Booth Perfect Agro. Sila perhatikan belon besar dan beberapa banner yang telah dipasang.

Gerbang ke Laman Ternakan Pameran Baka Kambing & Lembu di MAHA 2008

Logo Persatuan Penternak Kambing Malaysia

Hari ke-2 MAHA2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor , PPKM telah menerima pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) seramai hampir 100 orang penternak dari seluruh negara yang telah mengunjungi booth pendaftaran. Walaupun hari ini adalah hari perasmian oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi serta keadaan yang agak sibuk, namun rata-rata penternak yang ditemui menyambut baik penubuhan persatuan ini yang bertujuan untuk membantu dan menjaga kebajikan semua penternak yang menjadi ahli persatuan.

Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri juga memberitahu bahawa sektor pertanian dan penternakan pada hari ini telah menyumbang KDNK sebanyak 12% dengan usaha dan promosi berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta yang berganding bahu memajukan sektor-sektor tersebut. Disamping itu juga, pihak kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk memajukan industri pertanian dan penternakan ini.

Oleh yang demikian kita berharap PPKM akan dapat terus direalisasikan untuk membantu penternak dan secara tidak langsung dapat menyahut seruan kerajaan yang telah banyak menyalurkan bantuan kepada sektor yang terlibat. Kita berharap dengan adanya persatuan ini nanti, bantuan daripada pihak kerajaan akan lebih mudah untuk dilaksanakan dan disampaikan terus kepada penternak.

Apa yang kita inginkan adalah sebuah persatuan yang kuat dan kukuh serta akan dapat membantu penternak dalam segala urusan yang berkaitan dengan penternakan. Ini akan dilaksanakan dengan menyatukan semua penternak dan usahawan yang telah berjaya untuk turut berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka untuk dipelajari sama oleh penternak yang baru menceburi industri ini.

Erti sebenarnya sebuah persatuan adalah dimana ahli akan turut sama menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan diri demi untuk kebaikan semua. Persatuan adalah umpama rumah kediaman kita sendiri. Kitalah yang akan menentukan hiasan dan rekaan manakah yang kita inginkan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memajukan persatuan dan tidak hanya diletakkan ke atas ahli jawatankuasa sahaja.

Kejayaan akan lebih dekat sekiranya kita bersama-sama berganding bahu memperkuatkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia ini agar semua ahli yang bernaung di bawahnya akan memperolehi manafaat sepertimana yang diharapkan.

Berita lanjut di http://kambing-ppkm.blogspot.com

About these ads
  1. macammana cara2 utk buka ladang penternakan kambing.

  2. bagaimana nak myediakan makanan y cukup padaternakan dan juga penjagaan kesihatan kambing

  3. Askm, sy n tunang sy bercadang utk buka ladang penternakan kambing, boleh tak bagitau cara macam mana utk memulakan penternakan kambing? Sekarang, kami tak sefahaman sebab sy mahukan kandang kambing berada di atas tanah ayahnya yg berada di tepi jalan sebagai salah satu marketing plan utk senang org access ke tempat ladang kami. Tetapi, tunang sy berbeza sbb pelbagai alasan seperti busuk & lain2. Boleh encik memberi sy panduan n pendapat? Ni no telefon sy – 0133334705. Sy betul2 perlukan panduan dr encik. Terima kasih.

  4. Buat kandang anggaran 100 kaki dari jalan utk elak pencemaran bunyi abuk dll & keselesaan bekerja.Bau busuk boleh atasi dgn guna semburan EM.

  5. buat pinjaman SPED melalui Bank Rakyaat seanyak 250K nak ternak 200 kambing syarikat ada,kursus ada (Alo Gajah),tanah 4 ekar ,kambing ada 4 ekor juga,pandai pakai komputer tapi duit kurang dah tunggu satu tahun surat yterima kata pinjiman tuan gagal itu saja..apa nak buat,

  6. baru nak jinak dalam ternakan kambing. ada pengusahan yang tawarkan skim pawah/ternak beli semula/ tanah ada pengalaman tiada tunjuk ajar saya perlukan

  7. macam mane nak menjadi penternak kambing?

  8. Selamat Sejahtere,

    Saya in adalah pengusaha proses makannan Kambing dan Lembu. Kami ada menjual makannan kambing dalam pawder yang mempunyai Jagung D- Grade, Soya, PKC, Copra cake dan Zeolite an em. Harga kami amat berpatutan dan ini adalah makanan khas untuk Kambing segab 50kg adalah RM 33.00 Ex. Mil and kita akan charge RM 60.00 transport charge jika kurang daripada 3 ton

  9. Selamat Sejahtere,

    Saya in adalah pengusaha proses makannan Kambing dan Lembu. Kami ada menjual makannan kambing dalam pawder yang mempunyai Jagung D- Grade, Soya, PKC, Copra cake dan Zeolite an em. Harga kami amat berpatutan dan ini adalah makanan khas untuk Kambing segab 50kg adalah RM 33.00 Ex. Mil and kita akan charge RM 60.00 transport charge jika kurang daripada 3 ton. Untuk pertanyaan lanju sila panggil saya 014-3107363 dan kami munjual pelbagai makannan

  10. Selamat Sejahtere,

    Saya in adalah pengusaha proses makannan Kambing dan Lembu. Kami ada menjual makannan kambing dalam pawder yang mempunyai Jagung D- Grade, Soya, PKC, Copra cake dan Zeolite an em. Harga kami amat berpatutan dan ini adalah makanan khas untuk Kambing segab 50kg adalah RM 33.00 Ex. Mil and kita akan charge RM 60.00 transport charge jika kurang daripada 3 ton. Untuk pertanyaan sila panggil saya at 014-3107363 or fax 07-3862903

  11. Selamat Sejahtere,

    Saya in adalah pengusaha proses makannan Kambing dan Lembu. Kami ada menjual makannan kambing dalam pawder yang mempunyai Jagung D- Grade, Soya, PKC, Copra cake dan Zeolite an em. Harga kami amat berpatutan dan ini adalah makanan khas untuk Kambing segab 50kg adalah RM 33.00 Ex. Mil and kita akan charge RM 60.00 transport charge jika kurang daripada 3 ton Sila panggil saya pada 014-3107363

  12. saya ada ternakan kambing dan lembu.saya menternak kambing kacukan jamnapari dan boer serta lembu kacukan kk.sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di dlias@hotmail.com

  13. Assalamualaikum, sy n suami sy bercadang utk buka ladang penternakan kambing, boleh tak bagitau cara macam mana utk memulakan penternakan kambing? Apakah proses yg perlu kami lalui? Boleh encik memberi sy panduan dan pendapat? Ni no. telefon sy – 017-6217187. Sy betul2 berminat dan perlukan panduan dr encik.
    Terima kasih.

  14. aku ada masaalah nak jual kambing la mcm mana ni?

  15. lagi 1 kambing aku ni memilih dedak la kambing korang mkn dedak apa?

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers

%d bloggers like this: