Bob

Hala tuju pertanian

In agriculture on Januari 25, 2007 at 8:56 am

Pertanian

TERAS DASAR RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Selaras dengan hala tuju Dasar Pertanian Negara Ketiga dan juga wawasan tampuk pimpinan Negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di Negara kita pada akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini akan berupaya mempergiatkan semula sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi Negara. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut :

1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber

pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar; 2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan

kepelbagaian produk;

3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global;

4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan; dan

5. Menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SASARAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang ditetapkan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus seperti berikut :

a. Menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan

sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%;

b. Mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion;

c. Mencapai pertumbuhan nilai ditambah bagi industri asas tani sebanyak

5.2%; dan

d. Menarik pelaburan swasta sebanyak RM 20.1 bilion bagi mengkomersialkan

pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani.

e. Mencapai sasaran SSL bagi komoditi-komoditi seperti yang telah

disasarkan.

STRATEGI PELAKSANAAN RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN

Penterjemahan halatuju dan teras dasar Rancangan Malaysia Kesembilan akan menumpukan kepada usaha kearah menjayakan matlamat akhir dan sasaran yang telah ditetapkan. Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut:

i. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan

ii. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam

dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan

iii. Meningkatkan industri asas tani

iv. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar

v. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi

vi. Peningkatan Keupayaan Pemasaran

vii. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa

ix. Penyediaan Pinjaman dan Insentif

x. Penumpuan kepada Total Factor Productivity

Secara keseluruhannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk memperbanyakkan golongan petani, penternak dan nelayan moden dan komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sektor driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan Negara untuk merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: