Bob

Apa itu Rizab Haiwan? Apa kegunaannya?

In penternakan on Februari 9, 2007 at 7:40 am

RIZAB HAIWAN

APAKAH ITU RIZAB HAIWAN?

Rizab Haiwan adalah tanah kerajaan dirizabkan untuk ternakan mengikut Seksyen 62 KANUN TANAH NEGARA di bawah kawalan JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN.

APAKAH AKTIVITI YANG DIBENARKAN DI RIZAB HAIWAN?

  1. Pemeliharaan semua jenis ternakan kecuali babi untuk pengeluaran makanan hasilan ternakan:-

  • Daging

  • Susu

  • Telor

  1. Pembiakan dan pembakan semua jenis ternakan.

  2. Memproses hasil ternakan.

  3. Tanaman untuk makanan ternakan.

  4. Memproses makanan ternakan.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGGUNAKAN RIZAB HAIWAN?

  1. Usahawan.

  2. Persatuan Penternak.

  3. Syarikat.

  4. Koperasi.

  5. Agensi Kerajaan.

BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON?

Cadangan projek hendaklah dikemukakan untuk penilaian Jawatankuasa Teknikal Rizab Haiwan dan kelulusan Jawatankuasa Pelaburan Negeri di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

APAKAH SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN RIZAB HAIWAN?

  1. Keutamaan kepada penggunaan teknologi tinggi.

  2. Tidak mencemar alam sekitar.

  3. Mengadakan sistem kawalan pembuangan sisa-sisa dan bahan kumbahan yang diurus secara teratur.

  4. Menanda tangani perjanjian dengan kerajaan.

  5. Projek mesti bermula 6 bulan selepas kelulusan diberi. Jika gagal, kelulusan akan ditarik balik.

BERAPAKAH BAYARAN UNTUK MENGGUNAKAN RIZAB HAIWAN?

  1. Guna Pakai – Tiada bayaran dikenakan.

  2. Sewaan – RM 50.00 seekar setahun.

  3. Pajakan – Rundingan dengan Kerajaan Negeri.

BERAPA LAMAKAH TEMPOH DIBENARKAN?

  1. Guna Pakai – 1 tahun dan boleh disambung hingga maksima 3 tahun.

  2. Sewaan – 3 tahun dan boleh dilanjutkan maksima 4 kali untuk tidak lebih dari 15 tahun.

  3. Pajakan – Maksima 21 tahun.

BAGAIMANA CARA PEMILIHAN KAWASAN RIZAB HAIWAN?

Sila berhubung dengan Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah yang berhampiran untuk menentukan kawasan yang sesuai.

  1. Boleh saya tau kat Segamat Johor mana ada tempat yg buat
    rizab haiwan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: