Bob

Archive for Mac 2007|Monthly archive page

Jutawantani Networks Enterprise….

In agriculture on Mac 29, 2007 at 2:32 pm

Alhamdulilah segala penat lelah yang dicurahkan selama ini..maka hari ini Jutawantani Networks Enterprise telah ditubuhkan secara rasmi. Maka segala urusan selepas ini akan diuruskan dengan lebih teratur dan profesional…insyallah…

Thanks to my partner…syazwan,alliya,hamazrul and sifoo mizzie a.k.a koneng..hehehe.

Hari-hari yang memenatkan…..

In agriculture on Mac 27, 2007 at 4:55 pm

untuk buat masa nie bob sibuk sikit untuk update blog nie. Semenjak dua menjak ini urusan e-bizz atau urusan kambing agak memberansangkan. Dah jadi usahawan tani(walau pun masih part time…tetapi ianya menuntut masa kita.

Last week pergi tengok tanah di puchong untuk bangunkan kandang satelit di situ..tanah cantik..maybe minggu depan nak pergi tebas-menebas hehehhee…

apa-apa pun bob dah upload kan koleksi VIDEO bob kat kolum Vopod di panel sebelah kanan blog nie…..enjoy……….!

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

In Pelbagai on Mac 13, 2007 at 4:43 pm

Ini adalah artikel yang aku baca dari sumber tertentu..nice info tapi cuba baca info yang last tu…memang kena dengan topik kay

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (henna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 
so moral of the story marilah kita mencintai makan daging kambing hehehe…

7 langkah menjadi jutawan kambing

In agriculture on Mac 10, 2007 at 6:55 pm

Tips 7 Langkah menjadi jutawan kambing (dari kaprima yahoogroups) 

7 langkah menjadi jutawan kambing -  modal RM40,000 dalam 5 tahun.

1. Cari tanah 3 atau 4 ekar dan sewa. Pastikan jauh sedikit dan tidak
mengangu manusia.
2. Cari pekerja 1 atau 2 orang buat dan dirikan kandang ikut
specification.
3. Cari baka dan induk dan siapkan rekod. Untuk daging – Boer, untuk
Susu – Sanaen
4. Tetapkan formula makan dan ubatan. Tanam rumput gajah. Ikut ramuan
pakar.
5. Jual kambing jika 40kg keatas dalam anggaran 6 bulan.
6. Urus kesihatan kambing dari kecil hingga dewasa. Post-motem setiap
kematian.
7. Pastikan kadar pertumbuhan 1.80/tahun dan anda telah berjaya.

Sifat Gandaan dalam perniagaan
0 – 40,000
1-  80,000
2-  160,000
3-  320,000
4-  640,000
5- 1,280,000 

Anda akan menjadi jutawan dalam 5 tahun.  inshallah.

so macamna?percaya?tepuk dada tanya lah hati…lebih baik anda percaya dari percayakan skim2 cepat kaya yang semakin berluasa sekarang….hehehe.

pertukaran themes sekali lagie..lebih nampak clean..& tidy..

In agriculture on Mac 8, 2007 at 5:27 pm

hari nie aku cuba tukar themes yang lain. Akhirnya aku pilih themes nie yang nampak bersih dan sejuk je memata memandang…yang penting memudahkan untuk pembaca.

sebenarnya banyak benda lagie yang bob dah tambah tokok blog nie..pembaca boleh tengok gambar-gambar lawatan bob kat flickr gallery kat panel sebelah tu….

insyallah nak siapkan forum plak nantie..

ok chow..bye2

Pengurusan risiko dalam penternakan…

In agriculture on Mac 8, 2007 at 5:01 pm

hari nie aku nak berkongsi sedikit ilmu mengenai pengurusan risiko dalam penternakan..so aku pastekan posting dier kepada aku untuk tatapan kau semua…

*petikan dari halaman melayu.com

aku ada bob tapi bz sket. nko pun tau naper kan! hehe!

ok..

Risk management in livestock industries.

a)Operational risk
b)Financial Risk
c)marketing risk
d)labour risk

operational risk adalah bersangkut dengan camna nkorang uruskan ladang atau ternakan nkorang. Penjagaan kambing, pembiakan kambing, jadual vaksin dan ubatan serta vitamin, permakanan dan juga kebersihan antaranya. Risiko akan ada jika tidak diurus dengan baik. walaupun kandang yg tidak diuruskan dengan baik kambing mampu hidup tetapi kualiti sangat lah tidak memuaskan. jadi sila tekan kan perjagaan kambing. Risiko terlibat adalah risiko kambing mati, gugur, penyakit serius, tidak gemuk, anak tidak bermutu, kelahiran yang rendah tidak kembar, makan banyak tapi tak gemuk2 dan keadaan fizikal yg teruk. ini semua bersangkut dengan revenue atau jualan atau hasil dan seterusnya yg paling penting aliran tunai projek anda bersama untung ruginya. Jika kambing sihat dan cantik..nak jual pun senang dan harga pun cantik.

Financial risk lebih pada pengurusan kewangan. Penentuan bila hasil boleh dijual serta harga pasaran mmg penting. Perlu diingat faktor semasa seperti penyakit dan permintaan pelanggan setempat amat penting. Perlu peka pada semua ini. kena buat unjuran sekurang2 nya 3 bulan ke hadapan supaya sebarang adjustment ngan budget kita buleh buat cepat. jgn tercekik baru cari air. kos amat penting. Biar kita berbelanja pada sesuatu yg kita boleh manfaat tinggi dan untuk jangka masa panjang seperti baka yang baik serta ubat2an. makanan perlu sejimat mungkin. Ikhtiarkan agar dapat makanan yg murah seperti pelepah sawit, rumput, daun2, hampas soya, brew, atau apa saja yang boleh dapat murah yg kambing buleh makan, jgn lak kasi roti expired…mati kambing karang!. Hampas soya 1 guni kos lebih kurang rm1.00 untuk 50kg..tapi dedak kos dia lebih kurang rm35 seguni. cuma khasiat dia kurang dan kena pakai terus dan takleh simpan but kalu selang seli ngan dedak kos akan turun. ni contoh aje. Elakkan dari berhutang dan kalau boleh guna cash agar harga tak tinggi. jgn terlalu berbelanja pada infrastuktur. sebaiknya utamakan berbelanja pada kambing.

marketing risk perlu di amik serius. jika hasil tak leh jual abislah projek nkorang ye tak? Org perlu tau yang kita ada barang untuk dijual. Jika berkualiti, kita perlu ikhtiar agar org tau. penerangan perlu jelas. Harga semasa penting, jgn jual bawah harga pasaran melainkan volume ada. Dapatkan harga terbaik. War2kan pada JPH terdekat, Lembaga pertubuhan peladang terdekat, internet atau apa saja tentang anda dan produk anda. Jaringkan networking dengan penternak2 lain pasal cara ini lebih pantas untuk menjual hasil walaupun terpaksa kasi komisen sket tapi kengkawan! wat to count kan..hehe! bg yang wat fattening, jual bila berat maksima tercapai untuk pasaran daging. bagi aqiqah umur tu yg penting. kurangkan guna org tgh! Tumpukan pada value added produk pasal anda ada bahan mentah sendiri iaitu kambing. Special cut mampu memberikan pulangan maksima. Penternak yg baik tau bila nak jual dan di mana nak jual dan pada harga berapa dia perlu jual.Sebab tu networking penting. Org ramai nak cari kambing cuma depa tak tau mana nak cari. kalu tak di expose mana depa nak tau.

labour risk ni tertumpu pada cara nkorang uruskan staff nkorang. Plan kena gak pasal kadang tak efficient depa wat kije. Aturan kije kena jitu karang ada wastage lak . lebih kije sangat pun takleh gak karang indon tu low morale ke hangin ke ..lari pulak susah gak. kena susun dan kontrol depa dengan baik. jangan caya sangat kat depa tapi jgn jadi kominis lak. Yg utama, jangan nkorang nampak sangat tak terer dari perkerja nkorang..so belajar le rajin2 dan kalu in case terpaksa wat2 aje lah terer depan staff nkorang.Kalu boleh maksimakan penggunaan depa misalnya dari duk kasi makan kambing jer cuba lak suh proses baja ke, jual daging kambing ke atau apa2 ajer la.sekian lah dulu yek…my 2 cents thought for u! kalu tak best sori la yek..gua suka2 je tulih tuh!

p.s. Bob..besok aku gi deal…doakan aku berjaya! terima kasih banyak2 atas pertolongan nko Bob tak reti nak balas selain dari beriani kambing aje yg ku mampu…hehe!

nak ternak kambing?kandang macamna? kosnya?…

In Pelbagai on Mac 7, 2007 at 10:39 am

dengan beberapa respons yang saya dapat dari teman-teman seperjuangan banyak persoalan timbul yang masih bermain di fikiran mereka. contohnya kalau nak ternak kambing macamna?..mana nak cari modal buat kandang?..dan pelbagai lagie…

sebenarnya perkara nie kita kena mempertimbangkan dengan fikiran terbuka…tak semua on paper yang tu sama dengan realiti di luar. Kekadang kita terbaca yang mengatakan modal mereka untuk “set-up” kandang sampai RM 50,000-RM 100,000. Saya akan cuba memecahkan kebuntuan bagi mereka yang baru atau ingin bermula menceburkan diri dalam penternakan kambing.

Pertamanya..apa matlamat permulaan kamu..secara kecil-kecilan?sederhana?komersial..kalau kita baru belajar dan ingin bermula dari bawah usahakan dengan modal yang kecil dahulu contoh baik boleh lihat kat sini:

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/09/kemajuan-projek.html

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/10/kos-kandang-bersaiz-100-p-x-24-l.html

jadi disini kamu boleh berlatih dahulu bagaimana nak mengurus sesebuah kandang kambing dan keperluannya. Kandang yang dibina tak perlu kandang yang besar…boleh lihat contoh di link di atas. Kemudian pastikan bahawa design kandang tersebut boleh di”extend” atau boleh disambung pada masa akan datang. Kos juga boleh dikurangkan dengan mendapatkan sumber bahan binaan (kayu,papan) terpakai. Jikalau pengusaha boleh mendapat tenaga kemahiran untuk membina kandang lagi bagus..tak payah nak upah orang…so kos untuk “setup” kandang kambing boleh dikurangkan….bak kata sahabat aku “kalau buat kandang kambing dengan emas pun…kalau kambing tak nak dok kat situ…tak guna juga…perabis duit”. So yang penting kandang tersebut adalah mengikut spesifikasi yang diperlukan tetapi dengan sentuhan kreativiti pengusaha itu sendiri.

 

Iklan Jawatan Kosong Di Kem.Pertanian & Industri Asas Tani

In agriculture on Mac 6, 2007 at 12:39 pm
Print E-mail

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang menguruskan pengambilan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:

i) Iklan Jawatan Tukang K2 R11
ii) Iklan Jawatan Pemandu R3
iii) Iklan Jawatan PAP N1
iv) Iklan Jawatan PRA R1
v) Iklan Jawatan JAGA R1

Taraf jawatan-jawatan tersebut adalah tetap. Sehubungan itu pengambilan jawatan Pemandu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1, Pekerja Rendah Awam Gred R1 dan Jaga Gred R1 yang bertaraf sementara yang telah diiklankan pada bulan Ogos 2006 adalah dibatalkan. Calon-calon yang telah mengemukakan permohonan sebelum ini boleh memohon semula menggunakan Borang Mohon Jawatan di MOA.

Sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Terima kasih

————————————————————————————

Peluang Kursus!

FAKTA ! Tahukah anda bahawa biz mengeluarkan anak ikan lebih menguntungkan berbanding mengeluarkan ikan dewasa…..

Ikuti kursus lengkap teori dan praktikal pembenihan anak ikan…

Tarikh : 11 Mac ~ 13 Mac 2007
Tempat : Sg Besar, Selangor ( lokasi : antara Tanjung Karang dan Teluk Intan)
Bayaran : RM 500 ( termasuk makan minum, tempat tinggal, nota dan sijil )
setelah diskaun 50%…harga biasa RM 1000
Penganjur : Pengusaha tulen…10 tahun pengalaman

Thank you
sabakAgro
http://www.sabakagro. com.my

*sila hubungi pihak berkenaan..penulis hanya menyebarkan sahaja…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers