Bob

Archive for April 2007|Monthly archive page

Idea Kandang Kambing di atas tanah?..persoalannya?

In agriculture on April 27, 2007 at 4:58 pm

Nie lah beberapa imej dari kamera yang aku ambil di kandang kambing si opy(member kami di melayu.com). Berkonsepkan secara paddock atau senang cakap jenis terbuka dan dibina di atas tanah pasir(perhatikan gambar ibu kambing dengan anaknya tu..)

Ladang nie terletak di Bangi,Kajang berdekatan dengan PLPP. Pada mulanya saya pun tak percaya apa yang terdapat dalam kawasan beliau. Bukan setakat pelbagai baka kambing yang ada dari boer,kampung,jamnapari dan (bebiri)barbados tetapi cukup lengkap pula dengan sumber makanan(rumput) yang sesuai untuk ternakan kambing seperti rumput shogum,malberi,napier,dwarf,jagung dan rumput guinea.

Berbalik pada konsep yang anda lihat terdapat pelabagai pro and con yang bermain dalam minda saya. Kalau dari segi konsep kandang bertiang ianya memang sangat digalakkan oleh JPH kerana atas faktor kesihatan dan pengurusan kambing itu sendiri. Untuk konsep sebegini pula dikhuatiri pula dari segi penjagaan kesihatan kerana terletak diatas tanah. Tetapi apa yang diterangkan oleh kawan kami En.Amir, Pengurus di situ beliau menyatakan bahawa konsep ini selamat kerana menggunakan tanah pasir dan di lapisan bawah tanah pula diletakkan paip-paip kecil untuk mengalirkan air kumbahan dari tapak kandang tersebut(anda boleh lihat betul-betul pada gambar yang kedua akhir di atas). Tanah pasir tersebut pula boleh di “recycle” semula dengan dibawa keluar untuk dibersihkan dan disembur “chemical” untuk menghilangkan jangkitan kuman atau bakteria.

Konsep sebegini juga memerlukan modal yang minima..berbanding dengan konsep bertiang maka sesuai untuk penternak-penternak yang baru bermula tetapi harus diingat pengurusan penjagaan kesihatan kambing sangat perlu diberi perhatian dalam konsep sebegini. Selagi ada daya dan usaha, konsep bertiang atau tidak bukan menjadi halangan seharusnya.

Ladang ini adalah dibawah pengawasan Pertubuhan Peladang Kawasan(PPK) iaitu anak syarikat bagi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP). Ladang ini juga di jadikan ladang R&D bagi baka bebiri barbados. Idea kewujudan ladang ini diilhamkan oleh Mantan Dato’ Haji Alam Perang Zainuddin, bekas Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang(LPP) bapa kepada kawan saya tadi..si opy.

wassalam…

Advertisements

Blog pertanian & penternakan semakin mendapat sambutan di internet..

In agriculture on April 27, 2007 at 12:37 pm

Semenjak dua menjak ni bob melihat perkembangan positif dalam internet nie. Halaman web atau blog mengenai sektor pertanian atau penternakan semakin mendapat sambutan yang hangat.

Malah dari segi content juga makin bagus dan berinformasi. Malah salah satu portal hasil tani yang bagus iaitu SabakAgro telah melancarkan program affiliate nya..tahniah…cantik logonya. Ini satu langkah positif bagi sektor ini dengan menggunakan program affiliate seperti ini… untuk maklumat lanjut sila klik ikon dibawah untuk ke halaman web sabakagro…wassalam. Ada beberapa blog baru khasnya dari bidang penternakan kambing dan akuakultur telah saya update disini

Rakan Tani Anda

 

 

 

Terima kasih atas komen2 yang diberi…

In agriculture on April 19, 2007 at 9:51 am

Alhamdulilah saya mendapat pelbagai komen dari pembaca untuk menyiarkan beberapa perkara yang lain seperti fertigasi,cendawan dan lain. Insyallah saya akan usahakan dalam artikel yang akan datang….

saya akan cuba “cover” semua sektor yang ada, dengan maklumat yang terkini. Harap masa saya akan lebih terluang untuk menulis disini…

wassalam..

Penghargaan buat mereka yang menyokong blog ini…

In agriculture on April 13, 2007 at 12:50 pm

alhamdulilah dalam masa 4 bulan blog yang dibangunkan ini semakin mendapat perhatian dan menjadi sumber rujukan kepada mereka-mereka yang ketandusan sumber-sumber maklumat mengenai pertanian dan industri asas tani amnya.

Saya mengucapkan terima kasih diatas segala sokongan anda semua..somoga lebih berjaya selepas ini…wassalam..

*pertukaran themes sekali lagi…nampak berkenan pulak dengan themes nie dan nampak lebih tersusun.

KURSUS USAHAWAN DAN USAHAWAN TANI MODEN PPUMM

In agriculture on April 11, 2007 at 4:33 pm

KURSUS USAHAWAN DAN USAHAWAN TANI MODEN PPUMM

 

JADUAL KURSUS TAHUN 2007

JENIS KURSUS

TARIKH DIJANGKA

STATUS

KURSUS TERNAKAN LEMBU SUSU

17/03/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TERNAKAN AYAM

31/03/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TERNAKAN LEMBU FIDLOT

07/04/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN SECARA KOMERSIAL

21/04/2007

TETAP
( TERHAD )

LAWATAN KE LADANG TERNAKAN LEMBU FIDLOT

28/04/2007

TERBUKA

KURSUS TERNAKAN LEMBU FIDLOT

05/05/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TANAMAN JAGUNG MANIS

12/05/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TERNAKAN KAMBING PEDAGING

26/05/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS PENANAMAN CENDAWAN SECARA KOMERSIAL

02/06/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TERNAKAN IKAN DALAM KANVAS

09/06/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TANAMAN BUAH NAGA

23/06/2007

TETAP
( TERHAD )

KURSUS TERNAKAN LEMBU FIDLOT

30/06/2007

TETAP
( TERHAD )

SILA HUBUNGI 05-6922151 DAN 019-5574711 ATAU SMS KE 017-5327478

( PUAN AISYAH, MS. ROSLAILY DAN MS. JULIANA ) UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT.

 

* Tarikh yang dinyatakan di atas adalah tarikh dijangka. Harap maklum.

Kursus Penternakan Boer DI UPM

In agriculture on April 11, 2007 at 3:51 pm

 

 

Kursus penternakan boer

Di Kompleks Pusat Latihan BS3286 Jalan Institusi off Jalan Ayer Hitam, Kajang

Tempoh: 28/04/2007-29/04/2007

Di anjurkan oleh:Pusat Pengembangan, Keusahawanan & Pemajuan Profesional,UPM

Tel:03-89468057

Terbuka pada semua.