Bob

Layakkah Anda digelar Usahawan?

In agriculture on Mei 25, 2007 at 2:38 pm

 

Buat muhasabah diri…

Anda seorang peniaga tetapi adakah anda berjaya menjadi usahawan ? Peniaga tidak semestinya berjaya menjadi usahawan tetapi usahawan terdiri daripada mereka yang juga menjalankan perniagaan. Seorang usahawan yang berjaya berkebolehan untuk membuat orang lain percaya kepada idea-ideanya dan juga mempunyai kepercayaan diri sendiri serta karisma untuk menjual idea-idea tersebut. Ada di antara usahawan yang mencari dan mewujudkan idea mereka sendiri dan ada juga di antara mereka mewujudkan personaliti untuk menarik perhatian kepada diri mereka. Oleh itu usahawan yang berjaya patutlah menjadi seorang yang bijak bercakap dan seorang pendengar yang baik, ikhlas dan boleh menerima pandangan orang lain.

Menurut David Mc Clelland, seorang usahawan boleh berjaya sekiranya mereka bersifat inovatif dan kreatif, berani mengambil risiko, percaya pada diri sendiri, sanggup bekerja kuat, berilmu dan boleh merancang dan menetapkan objektif dan tujuan serta bertanggungjawab didalam segala yang dilakukannya.

Seorang pengurus yang menjadi usahawan mempunyai tiga tugas penting iaitu;

Dia mempunyai kebolehan untuk mencari peluang yang ada disekelilingnya untuk diri dan juga syarikatnya.

Dia berkebolehan untuk mengenalpasti sumber-sumber yang ada dan diperluaskan untuk mengambil peluang yang ada.

Dia boleh menentapkan satu objektif yang realistik untuk membolehkannya mengguna dengan baik sumber-sumber yang ada tadi untuk merebut peluang yang terbuka.

Kesimpulannya seorang usahawan amat peka melibat dan menghidu peluang untuk diciptakan serta diterokai sebagai dibidang keusahawanannya. Justeru itu adakah anda juga memiliki sifat tersebut?

Tepuk dada tanya selera, jujurlah dengan diri sendiri!

  1. memang layak jika terus berusaha… nama lagi usaha cuma tambah wan sahaj kat depan. macam saya usaha dan wan

    jadilah usahawan otomatik… haha gurau aje…

    macam mana blog sendiri? ada tawaran dari saifulsham.com anda bleh dapatkan maklumat di sana. itupun jika dah tahu…

    selamat maju jaya…

  2. maklumat yg bagus….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: