Bob

Archive for Jun 2007|Monthly archive page

Update…Kambing Boer yang dibawa masuk dari australia

In agriculture on Jun 29, 2007 at 2:50 pm

Nie aku paparkan beberapa pic kambing boer yang sedang dipilih untuk dibawa masuk hujung bulan ni ke Malaysia…kambing-kambing ni dah ada ready buyer, iklan tentang kambing boer ni telah kami promosi lebih kurang seminggu lalu..(boleh rujuk pada posting yang terdahulu)

F4 & F5 DoesLancelot punya keturunan..besar farm dier orang ekk..stud bucks with silver tagF3,F4 & F5kambing feral berkumpulstud does with kidsArmani Lancelot Sire

ok lah nie antara farm yang dilawati di sana…kena rajin sket lah explore untuk mencari baka-baka kambing boer yang baik…

Advertisements

Updated..hasil taklimat cendawan di Wisma Tani yang telah diadakan pada 28 Jun 2007

In agriculture on Jun 29, 2007 at 11:05 am

taklimatcendawan.jpg

Alhamdulillah Taklimat Penanaman Cendawan yang diadakan di Wisma Tani, Putrajaya pada hari ini (28 Jun 2007) melebihi dari sasaran biasa seramai 109 orang yang hadir di dalam taklimat penanaman cendawan ini. Kebanyakkan yang hadir mendapatkan maklumat taklimat ini dari web blog http://projekcendawan.blogspot.com dan web rangkaian kerjasama https://jutawantani.wordpress.com serta forum http://www.bicarajutawan.com. Revolusi pertanian juga seiring dengan gelombang capaian maklumat di internet.

Penceramah di dalam taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Normah Ibrahim dari Seksyen Tanaman Industri, Bahagian Padi Tanaman Industri dan florikultur. Jabatan Pertanian, Putrajaya yang telah lama berpengalaman di dalam indutri penanaman cendawan sejak tahun 70-an lagi.

Taklimat cendawan yang berlangsung selama 3 jam itu mendedahkan banyak maklumat berkaitan dengan sejarah cendawan di Malaysia, Amalan baik penanaman, kaedah penanaman cendawan dan pembiayaan atau insentif dari Jebatan Pertanian bagi penanaman cendawan. terima Kasih kepada puan Normah Ibrahim kerana sudi memberi ilmu dan tunjuk ajar sepanjang taklimat cendawan ini.

Tahniah sekali lagi kepada mereka yang telah hadir di sepanjang taklimat yang padat dan bermanfaat ini. Insyallah, saya akan memasukkan video taklimat buat semua pengunjung blog projekcendawan yang tidak kesempatan untuk mendengar ceramah cendawan. Semoaga kita dapat berkongsi maklumat dikalangan kita.

p/s: Jika ingin bertani tanpa kotor, jadilah usahawan cendawan yang memerlukan kebersihan. hehe.

*Kredit kepada Mohd Izwan : Kedah Agro Farm” <jebatcyber@gmail.com> /projekcendawan.blogspot.com

Goat education website…”the bioloy of goat”

In agriculture on Jun 27, 2007 at 11:24 am

Aku agak tertarik dengan website yang aku jumpa nie kerana terdapat pelbagi infromasi multimedia mengenai biologi kambing..memudahkan bagi mereka yang “beginner” dalam bidang ini memahami dengan cara yang lebih mudah sila klik link di bawah:

http://www.imagecyte.com/goats.html

terdapat pelbagai maklumat seperti rangka kambing, sistem reproduksi, sistem pencernaan dan pelbagai lagi…

 

Taklimat Penanaman Cendawan Di Wisma Tani, Putrajaya

In agriculture on Jun 25, 2007 at 2:12 pm

 

Maklumat Terkini

TAKLIMAT PENANAMAN CENDAWAN DI WISMA TANI, PUTRAJAYA

Lokasi: Tingkat 12, Wisma Tani, Putrajaya

Tarikh:  28 Jun 2007                  Jam: 9.00pagi hingga 12.00 tengahari

Percuma sahaja dan mota disediakan

* untuk pertanyaan: sila hubungi pegawai yang terlibat di dalam industri cendawan di putajaya Puan Normah Ibrahim di 03-88703307

Peta Lokasi:

* kerjasama dari http://projekcendawan.blogspot.com/

Kambing boer dibawak masuk dari australia…

In agriculture on Jun 19, 2007 at 2:14 pm

untuk kengkawan di sini…

Perhatian 😮 untuk penternak yang menginginkan kambing boer berkualiti. Tetapi hanya sah sehingga 2 hari. Siapa cepat dia dapat. Tawaran sah 2 hari sebelum kambing di reserved di New South Wales. Mari2.. last kopek order.. 😀

1) registered fullblood bucks 18 months keatas rm2,300 😮

2) registered fullblood does 12 months keatas rm2,100 😮

3) unregegistered fullblood does 12mth 1900 😮

4) f4/f5(purebread) 12mth 1500 – rangka besar. 😮

manage by jutawantani team dan mizzie associate

sila call syazwan 0133601422 atau bob 012-2028724

Induk baka jamnapari putih (bunting) untuk dijual..

In agriculture on Jun 12, 2007 at 10:15 am

Induk baka jamnapari putih(bunting) hendak dijual pada harga rm1500 negotiateable..pembelian secara borong 10/20/30 ekor digalakkan..more diskaun..

untuk melihat kambing tersebut di kandang di nilai boleh contact bob 012-2028724 atau mybob2u@gmail.com

 

 

 

hehehe…beli kambing guna vending machine tu..huhuhu

SEMINAR BIOTEKNOLOGI PENTERNAKAN

In agriculture on Jun 6, 2007 at 10:35 am

SEMINAR BIOTEKNOLOGI PENTERNAKAN
“MENEROKAI POTENSI DAN KEUSAHAWANAN DALAM BIOTEKNOLOGI PENTERNAKAN”

TARIKH: 13 JUN 2007

TEMPAT: TINGKAT 15, MENARA PKNS, PETALING JAYA, SELANGOR

MASA: 8.00 PAGI-5.30PETANG

UNTUK MAKLUMAN SELANJUTNYA SILA HUBUNGI:

SEKRERETARIAT PEMBANGUNAN USAHAWAN

TEL:03-42561735/79585455  FAKS:03-42532696

HP:013-3337683/017-6351600

EMAIL:khairul_pdn@yahoo.com

ANJURAN PKNS BERSAMA MARDI,JPH,JABATAN PERIKANAN DAN USAHAWAN BIOTEKNOLOGI PENTERNAKAN YANG BERJAYA.