Bob

Archive for Ogos 2007|Monthly archive page

Kerjasama yang terjalin bersama penternak baka boer dari Australia..akhirnya ke Malaysia jua..

In agriculture on Ogos 26, 2007 at 1:43 pm

Semalam 25 Hb Ogos 2007 adalah hari yang amat bermakna buat usahawan-usahawan ternak kambing didalam kumpulan kami kerana berpeluang beramah mesra,berkenalan dan bersoal-jawab bersama penternak boer yang berjaya di Australia,Mr.James dan Mr.Jeff dari Ladang Capricorn. Malah dengan senang hati mereka meluangkan masa untuk meninjau kandang dan bertukar pelbagai idea yang memberansangkan…

Komitmen yang diberi oleh mereka juga kami amat hargai..ini lah salah satu tuan punya farm di australia yang dimana baka2 kami bekalkan kepada client2 kami…kami tidak dapat nak buat secara terbuka pertemuan ini kerana kesuntukan masa dan beberapa perancangan yang lain harus dibuat bersama breeder tersebut…

Apa-apa pun hopefully pertemuan ini menjadi titik tolak bagi penternak muda dalam kumpulan kami untuk mendapat informasi yang berguna dan memotivasikan diri mereka…

25-08-07_13011.jpg25-08-07_13031.jpg

25-08-07_1307.jpg 25-08-07_1306.jpg

25-08-07_1510.jpg

aku tak larat nak taip2 panjang dan detail sangat kerana aku kurang sihat so untuk lebih cerita dan gambar boleh juga tumpang tengok di blog rakan network kami di http://boervilla.blogspot.com

layari katalog harga kami di:

 https://www.agribazaar.com.my/bob_jutawantani/

 

 

Blog usahawan penternak mendapat perhatian dunia blogger Malaysia..

In agriculture on Ogos 22, 2007 at 10:20 am

Pagi ni saya ada terima satu comment di salah satu posting saya disini. Pada mulanya saya pun tak beberapa faham apakah maksudnya..dan apabila saya selidiki rupa-rupanya seorang blogger yang boleh dikatakan terkenal telah menjengah blog saya ini..iaitiu norizamshah http://www.noorizamshah.com

Baru saya teringat yang saya pernah melawat blog beliau untuk mencari idea…saya memang suka membaca blog-blog mereka yang dah berjaya..malah sebenarnya salah seorang blogger yang menjadi titik tolak saya belajar tentang blog ini adalah abd fatah http://www.abdfatah.com/blog. Saya sertakan sedikit review dari saudara norizamshah…

“Ingat blog pasal politik dan isu semasa je ke yang boleh tarik perhatian pembaca? Ingat blog pasal keusahawanan dan perniagaan internet sahaja yang boleh membuatkan pembaca berpusu-pusu datang menjenguk? Bukan sahaja blog motivasi, blog pengurusan kewangan malah blog pasal kambing pun popular juga!

Kalau anda semua tak percaya meh korang klik link ini https://jutawantani.wordpress.com/2007/08/13/jangkaan-ketibaan-kambing-boer-pada-23hb-ogos-2006/ semuanya cerita pasal kambing. Hari-hari kambing. hohoho. Menariknya, capaian blog ini dalam google pagerank amat menarik. Ini menandakan carian maklumat di internet mengenai kambing memang banyak. Dan pengunjungnya adalah dari mereka yang berkecimpung dalam bidang perternakan dan pertanian.

Maka wujudlah beberapa blog yang dapat dijejak oleh saya seperti berikut:

1. Melahirkan Jutawantani Malaysia
2. Blog Kambing Boer
3. Blog Kenali Seorang Penternak
4. Jutawan Kambing
5. Kambingku Blogspot
6. dan banyak lagi…”

screenhunter_102.jpg


 

layari katalog harga kami di:

 https://www.agribazaar.com.my/bob_jutawantani/

 

 

Kepentingan Sijil Kelahiran/Leluhur kambing boer…

In agriculture on Ogos 15, 2007 at 11:10 am

Kali ini aku ingin menekankan perkara ini kerana masih ramai penternak kurang prihatin mengenai kepentingan sijil tersebut. Bagi penternak-penternak yang mendapatkan baka-baka boer yang berkualiti dari kami terutamanya Fullblood type memang akan dikeluarkan sijil kelahirannya. Seperti contoh dibawah:

13-08-07_21381.jpg

maaf gambar kurang memuaskan..tetapi masih boleh dilihat butirannya.

Sijil kelahiran ini menunjukkan beberapa butiran maklumat seperti:

a) Sire(Pejantan)-sapa bapak dia..keturunan siapa…

b) dam(Induk)-sapa mak dia..

c) Dari ladang mana

d) tarikh lahir dan bentuk kelahiran..(single,twin,triple or quad)..contoh di atas menunjukkan ianya adalah triplet..iaitu ibunya dulu melahirkan kembar 3 dengan berat purata setiap anak adalah 3.5kg..bayangkan..

e)tarikh lahir

f)Nama tuan punya sijil dan kambing nie…

selain daripada itu sijil ini adalah dua muka surat ..depan belakang…disebelah belakang ada ruang seperti jadual untuk mengisi butiran-butiran pemilik baru apabila kambing ini dijual kepada pihak lain(lebih kurang macam geran kereta juga..hehehe).

So bagi mereka yang telah membeli baka boer Fullblood type pastikan mendapatkan certicate/sijil kelahiran ini yang original..hehehe..so baru lah boleh tentukan harga dengan tepat..bukan main claim pakai mulut jer..

* ini adalah contoh sijil kelahiran boer fullblood yang kami bawa masuk pada shipment yang lepas..ada antara client kami yang mendapat bloodline “karbo tarzan” dan “bigbuck”..untung lah mereka…hehehe

 

aku perkenalkan juga…..

 

 

screenhunter_101.jpg

http://boervilla.blogspot.com

(Rakan Biz Group kami..)

layari katalog harga kami di:

 https://www.agribazaar.com.my/bob_jutawantani/

 

Jangkaan Ketibaan Kambing Boer pada 23hb Ogos 2007

In agriculture on Ogos 13, 2007 at 4:42 pm

f4f52.jpg

Boer F4/F5

goatsf3f4.jpg

Boer F2/f3

Inilah kambing2 yang akan dibawa masuk untuk shipment seterusnya pada 23hb Ogos ini. Alhamdulilah diharapkan semuanya akan berjalan lancar. Sukacitanya juga kami ingin memaklumkan kepada semua “buyer” yang telah membuat tempahan sila kemaskini status tempahan anda dan sila jelaskan bayaran deposit(tunai atau cek-kepada “JUTAWANTANI NETWORKS ENTERPRISE“) dan segala dokumen akan diuruskan.

 

*mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan

 

Kepada kawan-kawan penternak yang lain mengenali saya..dan ingin bersama-sama menyaksikan ketibaan kambing-kambing tersebut sila email nama anda dan no handphone untuk dihubungi….”Majulah Industri Kambing Untuk Negara”

 

*insyallah mereka yang datang berpeluang untuk bersama berdiskusi dengan salah seorang penternak dari australia bersama shipment ini..

 

email saya: mybob_online2u@yahoo.com

 

jutawantanifarm@gmail.com

 

Bob – 0122028724 atau syazwan 013-3601422

 

 

 

 

 

 

Kursus2 Terbaru Yang Terkini…

In agriculture on Ogos 9, 2007 at 3:50 pm

 

11 Ogos 2007 (MASIH DIBUKA LAGI . HANYA TINGGAL KEKOSONGAN 15 DARI 100 ORANG PESERTA. 85 ORANG PESERTA SUDAH MENDAFTAR!)
Kursus Intensif Penanaman Cendawan

Anjuran : Biro Pertanian Pemuda UMNO

Lokasi: UIA Gombak

Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang

Penceramah: Puan Normah Ibrahim, Pakar Pembangunan Cendawan, Jabatan Pertanian, Putrajaya.

Yuran : RM 180.0 ( termasuk nota, makan dan sijil) Terhad kepada 100 orang peserta sahaja . Dan Beg Cendawan Berbenih akan diberi kepada setiap peserta.

Skop: Dari penyediaan beg hingga ke pemasaran.

Tel: 019-3311298 / 012-6621367 / En. Hilmy : 019-3883404

 

untuk maklumat lanjut http://projekcendawan.blogspot.com/

 

 

 

 

 

Aktiviti    
Tarikh Aktiviti Lokasi
29 & 30 Ogos 2007 Kursus Asas Pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju) Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi
14 Ogos 2007 Lawatan Sambil Belajar Peserta Kursus Induksi Pegawai UPM Seksyen Penyelidikan Ladang Puchong
Berita      
Klik untuk Laporan Aktiviti Kursus Asas Pengeluaran Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor-caju)
7 & 8 Julai 2007
Klik untuk Laporan Aktiviti Kursus Asas Tanaman Secara Fertigasi
29, 30 Jun & 1 Julai 2007
Klik untuk Laporan Aktiviti Bengkel Pembentangan Penulisan Prosedur MS ISO9001:2000
28 – 30 Jun 2007
Klik untuk Laporan Aktiviti Seminar Pembangunan Ladang Ternakan UPM
20 Jun 2007

 

untuk maklumat lanjut http://www.tpu.upm.edu.my/

 

 

Tarikh/Tempat Aktiviti Sinopsis
———————————————————————————————————————————————-

6 – 10 April 2008

International Conference on Agricultural Extension (AGREX08)

1st Announcement
28-29 Julai 2007
Tempat: Pusat Latihan BSN, Bangi
Kursus penternakan lembu fidlot – Siri 2 Brosur
28 Julai 2007
Bilik VIP Pusat Pendidikan Luar, UPM
Kursus Pemprosesan Minyak Kelapa Dara “Prospek Baru Industri Produk Kelapa
Borang Permohonan
3 – 6 Ogos 2007
Tempat : Pusat Latihan Bank Pertanian, Bangi
  1. Bengkel Tanaman Orkid
  2. Kursus Akuakultur II
Borang Pendaftaran Tentatif Tanaman Orkid / Akuakultur
4 Ogos 2007
Tempat: Ladang 10, Fakulti Pertanian UPM
Bengkel Buah Mata Naga
 
6 Ogos 2007 Program Pembangunan Usahawantani – Bidang Herba Tebuka kepada sesiapa yang berminat menceburi bidang herba sebagai satu perniagaan

 

Untuk maklumat lanjut http://www.apeec.upm.edu.my/

 

 

Bermusyawarah…berjemaah dalam membuat keputusan…

In agriculture on Ogos 6, 2007 at 9:37 am

Alhamdulilah…pada hari Ahad yang lepas satu pertemuan dengan semua usahawan ternak kambing(yang di dalam rangkaian kami) yang kebanyakkan dari Lembah Klang berhimpun di Kandang Inkubator/R&D untuk di Bukit Badong, Ijok. Objektif utama pertemuan ini adalah untuk membingcangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan projek-projek semasa yang diusahakan oleh kumpulan ini sama ada dalam bidang makanan ternakan, pengimportan baka, dan beberapa kandang yang akan diwujudkan oleh ahli-ahli kami yang lain.

aku up sikit gambar2nya..untuk tatapan…

05-08-07_1548.jpg

05-08-07_1549.jpg