Bob

Archive for Oktober 2007|Monthly archive page

Kursus Pertanian dan Penternakan PUGM November 2007

In agriculture on Oktober 31, 2007 at 2:54 pm

sila rujuk di ruangan iklan kursus terkini di atas-

sekarang semua kursus-kursus yang saya update akan dikumpulkan di sini..senang nak check tak yah campur dengan posting2 yang lain2

screenhunter_01-nov-06-1438.jpg

klik disini utk terus ke page tersebut

harap maaf.

 

 Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!


Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir…

In Kambing boer on Oktober 29, 2007 at 10:02 am

Alhamdulilah segalanya berjalan lancar pada majlis jamuan hari raya aidilfitri kami yang berlansung di kandang. Kehadiran rakan-rakan seperjuangan malah beberapa rakan-rakan baru menghangatkan suasana. Dari KTL Farm ada, Mahasuria ada, forumer dari bicarajutawan.com/forum pun ada,rantau farm dan ramai lagi. Kami betul-betul terharu dengan sambutan yang diberi. Sesi dialog mengenai penternakan boer menjadi rancak dengan lawatan ke kandang dan menyaksikan kambing-kambing boer yang sedia beraksi hehehe..walaupun letih melayan tetamu tetapi kami puas kerana dapat mengeratkan silaturahim…by the way.. saya attach beberapa gambar dari majlis tersebut.

agrotus-open-farm-079.jpg

Tetamu yang hadir…dari rakan2 seperjuangan, orang kampung dan rakan usahawan yang lain.

Menjamu selera..nie semua dah lapor bebenar yer…huhuhu

agrotus-open-farm-034.jpg

mengiringi tetamu yang datang…kak su dari mahasuria

agrotus-open-farm-047.jpg

fuhhh nie menu yang paling cepat habis sekali..daging kambing..dibakar…perghhh meliur dibuatnya…si nasir dari rantau farm menjadi chef..hehehehe..tq nasir..

agrotus-open-farm-234.jpg

 

 

Beberapa thumbnail dari majlis tersebut:

agrotus-open-farm-033.jpg agrotus-open-farm-046.jpgagrotus-open-farm-048.jpg

agrotus-open-farm-066.jpg agrotus-open-farm-068.jpgagrotus-open-farm-076.jpg

agrotus-open-farm-050.jpg agrotus-open-farm-069.jpgagrotus-open-farm-107.jpg

agrotus-open-farm-195.jpg agrotus-open-farm-213.jpgagrotus-open-farm-222.jpg

agrotus-open-farm-238.jpg open-farm.jpg

 

 

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!

Jemputan “Open Farm” Hari Raya Aidilfitri 2007, Sabtu 27 Oktober 2007

In agriculture on Oktober 26, 2007 at 9:21 am

lambribsweb1.jpg

corporate_medium.jpg

 

KAMI MENJEMPUT SEMUA KENALAN YANG MENGENALI KAMI UNTUK HADIR KE MAJLIS HARI RAYA DI KANDANG KAMI..KHASNYA RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN DIDALAM BIDANG INI. BAGI MEREKA YANG INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT TENTANG PENTERNAKAN KAMBING BOER JUGA DIJEMPUT HADIR UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI KERANA SATU SESI DIALOG SECARA TERBUKA MENGENAI KAMBING BOER DIJALANKAN SEPANJANG MAJLIS.

 

ANTARA MENU YANG MEMERIAHKAN MAJLIS INI ADALAH KAMBING PANGGANG, AYAM BAKAR,LONTONG DAN KUIH/BISKUT RAYA..

 

TEMPAT: BUKIT BADONG, IJOK.

(3 KILOMETER DARI SIMPANG PEKAN IJOK)

TARIKH DAN MASA: 27/10/2007, JAM 12 TENGAHARI

 

SILA HUBUNGI UNTUK PENGESAHAN DAN PETANYAAN:

 


YUZALEE(JOE) 017-6796667

Bob@Mybob 012-2028724

 

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!! 

 

Livestock Asia ExPo & Forum 2007 (23-25hb Oktober 2007)

In agriculture on Oktober 23, 2007 at 11:23 am

 

Bagi mereka yang terlibat dalam industri livestock tak kira lah dari ayam,itik,kambing, lembu dan lain-lain..jangan lupa datang memeriahkan Livestock Asia 2007 di KLCC Convention Centre. Pelbagai maklumat boleh didapati mengenai industri penternakan negara. Tapi jangan lupa sila bawa slip e-ticket ini untuk masuk, cuma perlukan isi butiran dan attach biz card anda http://www.livestockasia.com/ticket/livestock_2007_ticket.pdf atau rujuk pada article ini:

 

Halaman Utama Http://www.livestockasia.com

Pelaburan Yang Meragukan…Ambilah Pengajaran..

In agriculture on Oktober 20, 2007 at 10:10 am

Syarikat *********mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat ********* untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan.

Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas 60 hari kepada anda bagi setiap ekor kambing yang anda beli.

CONTOH :
RM 550.00 =Harga Belian Seekor Kambing
SELEPAS 60 HARI RM 900.00 =Harga Kambing Dijual
RM 150.00 =(Tolak) Kos Penjagaan
RM 750.00 =Untung Kasar
RM 550.00 =(Tolak) Modal – Akan Digantikan Dengan Kambing Baru
RM 200.00 =Untung Bersih *(Harus Di ingat Menetapkan kn Keuntungan itu HARAM dlm Islam)

* Dibayar Setiap 2 Bulan @ 60 Hari * Tertakluk Pada Perjanjian

PROSES SELEPAS 2 BULAN :
• Syarikat Akan Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga RM 900.00
• RM 150.00 Akan Di Potong Dari Pembelian Semula Ini Untuk Kos Penjagaan.
• RM 550.00 ( Modal ) Juga Akan Di Tolak Jika Pembeli Tidak Menarik Diri & Syarikat Akan Menggantikan Dengan Kambing Yang Baru.
• Pembeli Akan Menerima Baki Bersih RM200.00

PROSES PEMBAYARAN & PENARIKAN DIRI :
• Pembeli Akan Menerima Cek Sebanyak RM200.00 Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Pembelian Semula.
• Jika Ada Penarikan Diri Oleh Pembeli, Cek Sebanyak RM750.00 Akan Diberikan. (Modal + Untung)
• Penarikan Diri Perlu Dibuat Dengan Bertulis Sebulan Sebelum Tarikh Tamat.
• Pembeli Perlu Menyerahkan Sijil Pemilikan Dan Salinan Kad Pengenalan.

Apakah tujuan syarikat ini dgn mengambil deposit orang ramai untuk melabur dlm syarikat nya?
Baca baki entri ini »

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2007

In agriculture on Oktober 9, 2007 at 4:18 pm

Khas Untuk Pelawat/Pembaca Blog Disini+Rakan2 Seperjuangan Di dalam Dunia Penternakan Kambing+ Dan Rakan2 Di Alam Maya Yang Lain

 

 

kad-raya-jutawantani-copy.jpg

Inspirasi Khasiat..program baru di RTM..bakal memaparkan isu2 kesihatan dan nutrisi yang berkhasiat untuk tubuh

In agriculture on Oktober 8, 2007 at 12:04 pm

Semasa dia orang buat pengembaraan ni aku takda..di kandang..ada di bangi. Tahu-tahu jer dah shooting…so aku update berita ni dari rakan kami dari Boervilla untuk tatapan pembaca di blog ini..

6 Oct 2007 – Sebuah program baru bakal ditayangkan di RTM, Inspirasi Khasiat dan krewnya telah datang ke kandang di Ijok untuk menemuramah Mizi tentang khasiat susu kambing dan membuat rakaman bagaimana susu kambing diperolehi dari ibu kambing. Rancangan Inspirasi Khasiat ini bakal memaparkan isu2 kesihatan dan nutrisi yang berkhasiat untuk tubuh. Selain mendapatkan nasihat2 pakar kesihatan, ia juga ada menemuramah orang ramai untuk mengetahui pengetahuan masyarakat tentang amalan pemakanan dan kesihatan. Eh..aku ni dah macam nak promotekan rancangan tv ni pulak. heheh..Bila nak ditayangkan kat tv..tak pasti la pulak. Yang pasti..penggambaran aritu berlangsung dengan lancar. Mizi banyak memberikan info2 menarik psl khasiat susu kambing.

Aku pun ada juga baca info2 pasal susu kambing dalam internet. Khasiat susu kambing menghampiri khasiat susu ibu. Susu kambing mengandungi ‘biogarnic sodium’ yang tinggi yang boleh mencegah penyakit arthitris (antara punca penyakit ini disebabkan oleh kekurangan sumber tersebut di dalam tubuh badan). Susu kambing juga kaya dengan protein dan vitamin A. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya. Dan ia juga mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Eh..korang cariklah sendiri info pasal susu kambing ni dalam internet kalau nak tau lebih lanjut.

Cameraman sedang shoot..

Badul tunjuk skill memerah susu kambing.

Mizi ditemuramah oleh krew Inspirasi Khasiat

Krew-krew Inspirasi Khasiat kat kandang Ijok

* terima kasih kepada mama dan melisa dari http://boervilla.blogspot.com

Kumpulan Penternak Kambing Boer di bawah rangkaian jutawantani mendapat perhatian media..

In agriculture on Oktober 8, 2007 at 9:59 am

Alhamdulilah pada 7 Oktober 2007 merupakan titik tolak kumpulan ini keluar dari zon “low profile” selama ini. Dengan kehadiran wartawan akhbar kosmo pada minggu lepas yang membuat liputan tentang kandang kami di ijok. Anda boleh dapatkan naskah kosmo hari ahad lepas 7 oktober di bahagian tengah untuk membaca artikel tersebut.

kosmo1.jpg

kosmo2.jpg

*untuk pengetahuan Agrotrus sdn bhd adalah syarikat yang menjadi “anchor” pada semua rangkaian perniagaan kumpulan ini dan en.ahmad tarmizi adalah “leader” dalam kumpulan ini ianya di koordinasikan oleh saya sendiri, saudara syazwan dan ahmad tarmizi sendiri. Rakan-rakan jaringan perniagaan yang lain juga ada banyak membantu yang tak dapat saya nak senaraikan disini..seperti mana yang dinyatakan terdapat 23 kumpulan penternak yang wujud di bawah rangkaian ini.

* adalakah patut..gambar aku kecik jer..gambar belakang plak tu…(rujuk gambar kecik tu..yang ada kambing nak turun tu..) huhuhuhu…