Bob

Inspirasi Khasiat..program baru di RTM..bakal memaparkan isu2 kesihatan dan nutrisi yang berkhasiat untuk tubuh

In agriculture on Oktober 8, 2007 at 12:04 pm

Semasa dia orang buat pengembaraan ni aku takda..di kandang..ada di bangi. Tahu-tahu jer dah shooting…so aku update berita ni dari rakan kami dari Boervilla untuk tatapan pembaca di blog ini..

6 Oct 2007 – Sebuah program baru bakal ditayangkan di RTM, Inspirasi Khasiat dan krewnya telah datang ke kandang di Ijok untuk menemuramah Mizi tentang khasiat susu kambing dan membuat rakaman bagaimana susu kambing diperolehi dari ibu kambing. Rancangan Inspirasi Khasiat ini bakal memaparkan isu2 kesihatan dan nutrisi yang berkhasiat untuk tubuh. Selain mendapatkan nasihat2 pakar kesihatan, ia juga ada menemuramah orang ramai untuk mengetahui pengetahuan masyarakat tentang amalan pemakanan dan kesihatan. Eh..aku ni dah macam nak promotekan rancangan tv ni pulak. heheh..Bila nak ditayangkan kat tv..tak pasti la pulak. Yang pasti..penggambaran aritu berlangsung dengan lancar. Mizi banyak memberikan info2 menarik psl khasiat susu kambing.

Aku pun ada juga baca info2 pasal susu kambing dalam internet. Khasiat susu kambing menghampiri khasiat susu ibu. Susu kambing mengandungi ‘biogarnic sodium’ yang tinggi yang boleh mencegah penyakit arthitris (antara punca penyakit ini disebabkan oleh kekurangan sumber tersebut di dalam tubuh badan). Susu kambing juga kaya dengan protein dan vitamin A. Khasiat susu kambing yang disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya. Dan ia juga mudah dihadam kerana zarah lemaknya lebih kecil. Eh..korang cariklah sendiri info pasal susu kambing ni dalam internet kalau nak tau lebih lanjut.

Cameraman sedang shoot..

Badul tunjuk skill memerah susu kambing.

Mizi ditemuramah oleh krew Inspirasi Khasiat

Krew-krew Inspirasi Khasiat kat kandang Ijok

* terima kasih kepada mama dan melisa dari http://boervilla.blogspot.com

  1. I like it when people come together and share views.
    Great website, stick with it!

  2. Hurrah! In the end I got a weblog from where I know how to really obtain useful
    facts regarding my study and knowledge.

  3. If you are going for finest contents like myself, only pay a quick
    visit this site all the time as it gives quality contents, thanks

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: