Bob

Ada apa dengan Menara Alor Setar ini??

In Percutian on November 26, 2007 at 4:41 pm

iklan-469x58.gif

dscf0011.jpg

Menara Alor Setar
 

Pekan Rabu

 

Mungkin anda atau kenalan saya disini tertanya kenapa kali ini saya menulis tajuk di atas?…banyak sebabnya…kerana ianya memberi kesan kepada saya dan saya berkongsi sedikit serba sedikit kehidupan..kalau kita mau jadi “towkey” atau nak nak jadi usahawan..perit jerih kena lah tempuh kan…kadangkala kita tak boleh lari dari apa yang kita telah usahakan. Ingatkan nak bercuti bersama keluarga sambil ada urusan menghantar pengantin..tetapi ada juga peluang yang datang dalam kunjungan saya ke Gurun,Jitra dan Alor setar baru-baru ini.

 

Saya dan keluarga pergi bersama saudara syazwan, rakan perkongsian saya..manakala mizi telah bertolak awal sehari dari kami. Setelah kami menyelesaikan tanggungjawab menjadi ahli rombongan menghantar pengantin..masing-masing memikirkan aktiviti yang nak dilakukan.

Rombongan pengantin sampai!..oops ini adalah hanya hiasan..kerana gambar perkahwinan yang sebenar belum dapat dari pengantin lagi. Akan di”update” kemudian.

 

Sambil itu kami diberitahu oleh rakan kami disini bahawa ada satu perjumpaan dengan seseorang akan telah diaturkan. Ingatkan malaih la nak citer pasal kambing, rupa-rupanya sampai sini pun orang dok carik gak..rupa-rupanya depa nie perasan akan kewujudan kami nie masa masuk suratkhabar “KOSMO” yang lepas,baca sini . Nak kata apa!..jumpa jugalah..tak baik tolak hajat orang nak berjumpa kan?

Alhamdulilah kami berjumpa dengan rakan kami katakan tadi. Rupa-rupanya kaum hawa rupanya..wah ini satu perkembangan yang positif juga kerana makin ramai kaum hawa tak segan silu untuk berkecimpung dalam penternakan kambing ini. Beliau memang mempunyai beberapa perniagaan lain dan memang sudah ada kambing katjang beberapa ekor yang di jaga oleh pekerja. Perjumpaan dengan kami adalah kerana ingin mendapatkan konsultansi dari kami kerana dia hendak membuat kandang baru dan ingin mendapatkan baka-baka boer berkualiti untuk pembakaan dan juga untuk tujuan sembelihan. So deal punya deal..closed…insyallah hasil yang positif dan kalau tidak ada aral kami akan kembali lagi ke Alor Setar untuk membuat susulan. So pengajaran dari sini ialah..”dont married with businessman, they’re damn”..hehehe jangan terasa pula. Macam keras jer statement tu kan tetapi ada betulnya…syok-syok nak cuti…hal perniagaan juga terbawa ke sana-sini…kita tak mengapalah..tetapi “Mem” kami semuanya semuanya tarik muncung!!! tak puas hati..hehehehe..

Akhirnya..kami cuma sempat membawa keluarga kami ni bersiar2 di Bandar Alor Setar. Pekan Rabu menjadi pilihan. Disini pula suatu perkara yang tak dijangka pula berlaku. Alamak..salah satu kereta kami nie ada masalah dengan sistem power steeringnya..kena cari bengkel pula. Kerana satu kereta terpaksa ditinggal dibengkel(dijangka siap 2 jam) terpaksalah saya menggunakan kereta saya untuk mencari tempat berehat buat isteri-isteri kami dan anak-anak kami….tup..tup..jumpa lah Menara Alor Setar. Maka “Mem” ini ditinggalkan sebentar untuk berehat dan bersiar disitu. Kami pula terpaksa pula masuk bandar Alor Setar kembali untuk pergi ke bank untuk mengeluarkan wang tunai. Pusing punya pusing..ternampak satu bank OCBC dan terus tanya pada mizi..boleh ker bank ni? dia kata boleh kot..Aku pula terus baik punya “cilok” ke kiri………..Dentum!!..alamak!!! satu motor dari sebelah kiri sudah berada depan kereta aku..pemboncengnya terbaring. Alamak apa sudah jadi? ni first time aku langgar orang ni. Nasib baik seketika lepas itu pembonceng tu boleh duduk. Tanpa banyak bicara aku terus ajak pembonceng dan penunggang motorsikal tersebut ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Aku rasa macam kaku jer dengan apa yang berlaku. Bawak bersabar jer lah…

Selesai rawatan dan memberi sedikit ganti rugi kepada penumggang motorsikal terbabit kami pun beredar untuk mengambil kereta mizi yang dibaiki dan mengambil keluarga yang berehat di Menara Alor Setar. Kami terus meninggalkan Bandar Alor Setar tanpa banyak bicara…terus balik ke Kuala Lumpur. Satu perjalanan yang singkat tetapi penuh dengan memori yang kami tak dapat lupakan semasa berada di Alor Setar….apa pun terima kasih semua yang melayan kami dengan baik dan insyallah kami akan kembali lagi…sekian.

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!

 

  1. A’kum Bob, tkasih update info Bob pd k.Su…. wah interesting jugak, menyambut saranan “Cuti-cuti MALAYSIA” … sambil menyelam minum air lagi! Tahniah Bob! dan teruskan usaha2 murni Bob, lebih2 lagi dlm memperjuangkan industri penternakan/pertanian.. Asal NIAT kita ikhlas, dan kita tahu apa yg kita buat, teruskan… insyallah… Apa pun, K.Su tetap menyokong niat baik dan usaha murnia Bob tu, teruskan…

    K.Su, seperti biasa, masih berjuang… and available y/self to be disturbed, keep-in-touch. Salam sayang dari kak Suhana.

  2. Assalamualaikum. Salam perkenalan. Saya Shahrul, pengusaha pertanian moden dari JB.Saya meminati blog saudara dan saya telahpun add pada link blog saya. Boleh tak kita exchange link. Saya berharap saudara dapat includekan blog saya tentang ‘precision farming’ (blog dwi-bahasa) di blog saudara. Blog saya yang lain termasuklah
    http://tribute-to-prophetandislam.blogspot.com/
    http://puisibuatkhaliqdanrasulnya.blogspot.com/
    http://geekgizmos-gadgetsandinventions.blogspot.com/
    http://curing-mesothelioma-possible.blogspot.com/
    Terima Kasih

  3. Pengalaman itu meluaskan pandangan.Cuti-cuti Malaysia bertukar Menjadi Cuti-cuti Business.Rezeki ada di mana-mana.Inilah lumrah hidup bersama ahli perniagaan.Apapun teruskan perjuangan dengan niat hati yang ikhlas.Business is business but dont forget your family.

  4. salam…

    dah sampai utara tapi takdak rezki utk bersua..insyaallah nnt ada rezki boleh kita berjumpa…

    nasri kelian farm

  5. ye nasri aku minta maaf kerana tak sempat nak ke tempat hang..masa suntuk sangat..tapi insyallah..kami akan kembali ke kedah lagi lepas nie..hehehe

  6. akum saudara…pun tak tau nama..just call me dna..sayer masih study lagi n baru2 nie der ler dpt elaun stadi..lepas tolk tambah de ler lebih skit utk life sem nie..so tetiber terpk nak bela kambing..idea nie sebenarnyer datang bila sayer tetiber de nampak sorang sdare ade membela beberapa ekor kambing..so duit yang lebih tue,sayer cadang nak bli kambing ler..skang still stadi,so susah skit ler nak tgk kambing yang sayer bru bli..erm,..sayer de bli 2 ekor kambing betina boer yang cadangyer dipawahkan kpd sedare yg de bela kambing tue td ler..tapi masalah sayer adelah kambing jagaan sdare sayer bukan kambing boer..maybe boleh dikacukkan,tp sesuai ker tak tak tau ler..sayer pun tak tau cr penjagaan nyer..ye ler kalau da kuar modal wlpn kecik nie kan hrp2 tak sia2 ler..so skang ngah cr info ttg kambing dan terbc blog saudara..sayer harap saudara dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan ttg cara penjagaan kambing nie..hope one day boleh ler juga jd pengusaha kambing disamping kerjaya yg ader akan dtg..kalau saudara sudi membantu n ingin memberi tips2 penjagaan kambing yg berkesan silalah email sayer di putrijoey@yahoo.com..wsbt..tq

  7. buleh..cma kurang detail jerk… kambing tu jenis aper
    boer/jamnapari/kampung…tu maklumat paling basid tu..hehheheh. ok nantie saya followup di email saudara kay..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: