Bob

Archive for Disember 2007|Monthly archive page

Hari-hari terakhir tahun 2007

In SEO on Disember 26, 2007 at 5:39 pm
Pendaftaran MAHA
Apa yang aku nak kongsikan kali ini tidak berkaitan sangat dengan bidang yang aku perjuangkan tetapi ianya lebih perkongsian ilmu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya mereka yang terlibat dalam pembangunan rangkaian atau link berkaitan dengan pertanian,penternakan dan akuakultur di bawah blog jutawantani. Ramai yang dah menyedari potensi menggunakan blog sebagai medium memperketengahkan perniagaan masing-masing dan juga diri mereka sendiri.
Mungkin ramai bertanya kenapa saya sendiri juga lebih memilih menggunakan blog berbanding dengan halaman(website) statik. Ini kerana pengamatan saya mereka yang melayari internet sekarang lebih suka mendapatkan informasi yang sentiasa dikemaskini dan lebih “friendly” kepada penulis blog tersebut berbanding pentadbir(administrator) yang mentadbir halaman(website) yang statik. Walaubagaimanapun semuanya adalah bergantung pada cara anda “tackle” pembaca/pengunjung blog anda sendiri. Malah saya sendiri tidak menafikan bahawa sekarang ruang masa saya semakin sibuk dengan kewujudan blog ini tetapi itulah yang membuatkan diri kita lebih bersemangat untuk menulis. Saya masih mengingati pesan seorang kawan “dalam apa saja yang kita lakukan letakkan bab keuntungan atau wang itu tempat yang kedua…utamakan apa yang kita boleh sumbangkan terlebih dahulu” maka saya sendiri mengingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain biar kita berurusan “offline” diluar atau di internet jangan terlalu mengajar keuntungan yang cepat. Seperkara lagi apabila kita berkongsi idea, jangan sesekali terus sahaja meniru apa yang rakan kita buat tanpa mengukur “baju sendiri” kerana sebenarnya apabila kita meniru bulat-bulat apa yang rakan kita buat tanpa belajar jikalau terdapat kesilapan, kesilapan tersebut akan nampak nyata.

Baca baki entri ini »

Kambing Boer Slaughter untuk dijual!!!

In Kambing boer on Disember 18, 2007 at 1:36 pm

iklan-469x58.gif
dscf274684210937_std.jpg

KAMBING BOER JUAL TIMBANG RM18 SEKILO. BOLEH BUAT AKIKAH,CUKUP UMUR. AVERAGE 35KG-45KG. MASIH ADA 50 EKOR STOK SEDIA ADA DI KANDANG. INI ADALAH KAMBING BOER SLAUGHTER. HUBUNGI Syazwan 0133601422 Bob 0122028724

Hari..hari yang berlalu…

In agriculture on Disember 10, 2007 at 11:26 am

iklan-469x58.gif

Agak lama juga aku tak update blog nie…bukan apa..kesibukan di urusan dialahobi01.jpgm maya nie dengan urusan di luar sama banyak…penat dehhh..apa-apa pun kepuasan yang penting. Thanks to En.Shahar yang datang dari jauh untuk melawat kandang kami yang tak seberapa. Alhamdulilah semua akan berjalan lancar..hujung minggu aku sempat lagi pi memancing hehehehe berbaloi gak kali nie..hampir 15 ekor ikan keli sangkut kat mata kail pancing. Jadi gulai ikan keli cili api lah jawabnya. Apa-apa pun ada benda aku nak updated buat pembaca blog dan mereka yang sewaktu dengannya. Ini adalah berkaitan kepada sesiapa yang inginkan tenaga kerja yang mahir dalam sektor penternakan secara sah(legal) boleh lah menghubungi saya atau kak sue. Antara ciri tenaga kerja tersebut:

Negara Asal: India

Agama: Islam

Kepakaran: mahir dalam penternakan dan melapah daging

Bayaran pengurusan: RM1500 (termasuk levi+Approval)

RM80 Bank Guarantee dan RM180 FOMEMA

Total RM 1760.00 seorang

Gaji yang disyorkan: Rm750.00

Hubungi: Kak Sue dari Mahasuria 019-6068880

Itu satu yang aku nak update..diam tak diam dah hampir setahun blog ini lahir ke alam maya nie..banyak kemajuan yang dicapai. Kekuatan PageRank bagi blog ini sudah mencecah pada angka 4 malah aliran trafik pengunjung menghampiri 2000 hits setiap hari. Kalau tak silap minggu lepas dalam berita di sinar.fm aku ada terdengar salah satu tajuk berita yang di perkatakan “Golongan petani adalah pengguna Internet tertinggi di luar bandar”…terkejut ada..bangga pun ada..golongan petani pun sekarang mendapat perhatian di dalam internet.

Baca baki entri ini »