Bob

Kambing Boer Slaughter untuk dijual!!!

In Kambing boer on Disember 18, 2007 at 1:36 pm

iklan-469x58.gif
dscf274684210937_std.jpg

KAMBING BOER JUAL TIMBANG RM18 SEKILO. BOLEH BUAT AKIKAH,CUKUP UMUR. AVERAGE 35KG-45KG. MASIH ADA 50 EKOR STOK SEDIA ADA DI KANDANG. INI ADALAH KAMBING BOER SLAUGHTER. HUBUNGI Syazwan 0133601422 Bob 0122028724

  1. Salam bro…ada tak kambing untuk Akikah, dalam range price 300 plus plus ?…sebab kat sini banyak siot orang nak kambing ni…

  2. Walaikusalam…

    Fuhh..orang utusan ka?..guna nama utusan nie…terkejut gak..

    By the way..setakat nie stok yang saya ada ye lah kambing boer untuk
    akikah..masa korban hari tu yang nie jugak lah banyak yang
    laku..walaupun
    harga agak tinggi sedikit berbanding dengan kambing kampung…kualiti
    dari segi rasa dan khasiatnya tak sama..tidak hamis dan tidak perlu
    nak
    rebus lama2 untuk masak daging boer nie..malah sesuai sangat buat
    stik..

    RM300 pun hampir leh dapat kambing kampung..(rm400-550)

    wasalam

  3. diharapkan perniagaan internet seperti ini dapat dicontohi oleh semua

  4. asalamualaikum

    saya nak tahu berapa harga seekor baka boer yang bob jual, umur dalam 12-18 bulan.kalau induk pula bob jual umur berapa dan berapa harganya?

  5. Pejantan FB Registered rm2200
    Induk(betina) FB Registered Rm2000
    -umur at least 8 Bulan ke atas

    *registered-berdaftar dibawah ABGA

  6. Assalamualaikum Bob,

    Adakah pengangkutan di sediakan jika kami membeli dengan bob? Berapa ekor kah yang kami boleh beli untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan?

  7. bergantung pada jaraknya. Anda tinggal di mana? kerana ada negeri yang senang proses permit antara negeri..ada yang susah sket..(ni permit pergerakan kambing tersebut yang dikeluarkan oleh JPH)

  8. salam,if baka yg tdk didaftar,boleh dijualke? brp pula harganya?

  9. perternakan kambing ni mempunyai masa depan yg cerah x???bgaimana pasaran di malaysia??

  10. as you seen in tv…begitu juga lah cerah masa depannya..cuma kita jer nak kena berusaha…pasaran di malaysia setakat nie masih 9% dibekal oleh penternak tempatan dan bakinya diimport..yang penting…peratus import nie lah yang kita nak kurangkan dan pengeluaran dalam negara yang 9% ni nak dipertingkatkan…

  11. bos, kt mn klu kw nk dptkn krts krj unt bela kmbg boer?kl blh tlg ngejah deh.

  12. Tumpang tanya skit…
    Ape beza kambing slaughter & kambing bukan slaughter?

  13. ligy-kertas kerja tu ada..tapi mestilah tele dengan kemampuan kita lah…tapi bab ngejah tu ada lain sket..kerana ada banyak cara yang leh dipertimbangkan

    zack-dalam penternakan kambingn nie ada dua cabang..samada utk dibuat breeding..pembakaan atau slaughtering..iaitu utk tujuan sembelih/daging…

    utk breeding sudah tentu kita select dari kualiti yang terbaik…dan kalau slaughter nie yang tidak sesuai nak dijadikan baka dan melalui proses fattening…untuk mendapatkan lebih daging

  14. Tq, MyBob, tp nak ty sikit lagi.
    Kambing Slaughter ni jenis dah dikasi ke?
    Kalau dah dikasi boleh ke nak di akikahkan sebab dah tak sempurna sifatnya?
    Kalau setakat jual daging boleh la sebab kambing ni cepat membesar setelah di kasi.

  15. ada pelbagai pandangan mengenai perkara ni..terpulanglah pada yang mana anda pegang…

  16. assalamualaikum.
    saya ade satu soalan untuk ditujukan kepada harap dapat saudara perjelaskan dengan terperinci. saya tidak faham berkenaan dengan pasaran kambing(aqiqah). kalau kite nak ternak, kene beli induk dalam RM 1000 ++, tetapi apabila kambing dah beranak, kite jual untuk aqiqah dalam RM 500. kenape kita x beli kambing boer Slaughter yang murah ni wat induk? same jer kan? x paham la

  17. mana yang menguntungkan antara breeding atau slaughtering untuk ternakan kecil2an

  18. breeding lambat pulangan tapi kebiasaanya dapat lunsum kerana orang yang mencari baka jarang beli sekor2..in bundle…slaughter pula..bergantung produktiviti kita mengeluarkan dan memasarkan daging tersebut…pulangan lebih cepat tapi harus maintain…

  19. “saya ade satu soalan untuk ditujukan kepada harap dapat saudara perjelaskan dengan terperinci. saya tidak faham berkenaan dengan pasaran kambing(aqiqah). kalau kite nak ternak, kene beli induk dalam RM 1000 ++, tetapi apabila kambing dah beranak, kite jual untuk aqiqah dalam RM 500. kenape kita x beli kambing boer Slaughter yang murah ni wat induk? same jer kan? x paham la”

    -saya rasa ada yang missing disini…kita beli induk kita yang baik kerana kita nak dapatkan anaknya….yang bagus dan terpilih bolehlah disimpan dijadikan baka…yang mana tak memenuhi kriteria kalau tak leh dijual sebagai baka..yerp..boleh dijual pula untuk slaughter…..

    kambing boer slaughter tak sesuai dan tak memenuhi kriteria pembakaan..pembakaan itu ada seninya dan ada sebab dari segi penjagaan susur-galur keturunannya..bukan leh main hentam kromo jer bang…

  20. rasanya mungkin bro belum pernah tengok beza induk purebreed(f5) dengan kambing slaughter…tengok luarang pun boleh tahu memang berbeza…

  21. ohh.rupanye ader beza dari segi fizikal antara slaughter dgn pure.bleh terangkan sedikit sebanyak perbezaannya x.kalau boleh beri perbezaan gambar sekali.saya takut tertipu plak mase beli kambing utuk induk nanti.x gheti nak bezakan.
    -ape bezanya boer f1 dgn slaughter?
    -sebagai penternak kecil2an,(mula dari bawah),saya bermula dengan pasaran aqiqah.so kambing diternak mengambil mase lame gak +-2thn (ckp umur).kalau saye ternak bebiri dengan sistem lepas(- kos mknan),saya bleh jual dalam tempoh 1thn (ckp umur) dengan harga jauh lebih rendah dari kambing.ape komen bro?
    -sebagai penternak kecil2an,saye tertekan dengan kos mknn yang tinggi n tempoh yang lame utuk pulang modal.sedangkan kuantiti kambing x seberapa banyak pon.ade cara lain x yang boleh bro cadangkn untuk konsep ternakan kecil2an nie(cth:konsep transit=beli kambing dari penternak lain,gemokkan dlm tempoh tertntu,n jual)adekah konsep ini releven untuk saye.jika ya,dimana plak saya nak cari pembekal pada hrga yang berpatutan?semua nak jual mahal x?
    -last.hehe.klu kite import kmbing dari luar untuk kite transit,memang kos agak murah(beli banyak)tetapi kite masih bergantung dengan pasaran luar, bermakna kite x menghasilkan sendiri makanan kita sendiri untk keperluan sara hidup rakyat malaysia.kite juga mengalirkan wang kite ke negara lain.ape komen bro.
    sekian terima kasih bebanyak.

  22. bab yang nie rasanya kena pi kandang..tak larat saya nak menulis disini…

    -boer f1..kebiasaanya di kacuk dengan feral di australia..so masih mewarisi ciri2 feral..boleh tgk dari rupa tanduknya..dan tiada ciri brownhead…
    -purebreed F5 ke atas atau 96.7% darah boer berada didalam badannya. Tompok coklat merata dibadan salah satu ciri utama purebreed selain dari segi fizikal yang lebih besar dan berisi. Please jangan confuse dengan fullblood dan purebreed.
    -tertekan dengan kos makanan? bergantung kepada kreativiti anda sendiri…makanan yang semakin mahal hanyalah palet sedangkan rumput hijau seperti napier,petai belalang,shogum,stylo ciast, guinea boleh menjadi sumber makana bagi kambing juga. saya rasa takde penternak yang menggunakan 100% pallete pada kambingnya…bagi saya anugerah illahi kelapa sawit banyak membantu mengurangkan beban dalam mendapatkan sumber makanan. Malah kalau rajin saya dah mula mendapat response dari beberapa penternak atau pengusaha yang menghasilkan palet sendiri pada kadar harga yang sangat kompetitif…30-40% lebih murah yang berada dipasaran yang dikeluarkan oleh bangsa lain…cuma bergantung pada kita ingin mencuba atau tidak dan sesuai atau tidak untuk kambing2 kita..
    -last sekali ini adalah pandangan biasa dan jumud bagi seorang usahawan yang mengusahakan penternakan. Didalam perniagaan tidak pernah meletakkan sempadan bagaimana kita hendak berniaga atau hendak memajukkan apa yang kita usahakan…..tak perlu lah kita bercakap pasal negara atau pasal ekonomi kalau kita sendiri tidak memajukan diri sendiri…realiti perniagaan tidak mengenal semua itu kecuali mereka yang suka membawa agenda2 sendiri dalam industri ini… jangan lupa basic sesuatu perniagaan adalan Pemintaan dan Penawaran…takkan kita nak offer apa yang orang tak minta dan memberi yang kita rasa betul untuk mereka??
    -lagi satu senarionya…sesetengah penternak mengambil baka dari luar kemudian apabila hasilnya dah dapat…mereka hanya mengambil yang terbaik untuk mereka dan meninggalkan unselected tu untuk pilihan pembeli? saya dah dengar banyak rungutan seperti itu…jadi ianya menjadi faktor juga kepada penternak mendapatkan baka2 dari luar sebagaimana mereka mahukan…
    -peratus dan kemampuan orang kita masih kecil lagi untuk memenuhi permintaan yang ada…kumpulah semua penternak yang ada kat malaysia nie still jumlah kambing tersebut tidak dapat memenuhi permintaan yang ada….so ini semua adalah tempoh peralihan sehingga kita bersedia….kita tidak boleh menukarkan keadaan sekelip mata..tetapi dengan perkembangan sekarang bila mana penternak yang mendapatkan baka ini sudah membiakkan baka mereka…tak mustahil 5 tahun lagi senario akan berubah..sebagaimana yang anda fikirkan….

  23. terima kasih atas penerangan bro.saya cuma bertanya dan mintak pendapat,itu saje.hehe.berkenaan dengan permintaan n penawaran dalam pasaran,adakah bro maksudkan dengan bebiri yang saya usulkan tu?adakah pasaran bebiri x laku?

  24. tentang biri2 nie dah lama saya dengar..dan saya dah tengok pun pembangunnannya yang dibuat oleh Pak Lang di Bangi yang mana menggunakan konsep kandang di atas pasir…beliau dah buat kajian tentang bebiri barbados untuk beberapa tahun..memang betul bebiri hanya memerlukan tempoh setahun sahaja untuk melayakkan untuk diakikah…tak nafikan permintaan untuk bebiri ada dari baka merino,doper,barbados, domba garut…dan yang terbaru Vans Rooy(ironinya..semua pun masih dari luar juga)tetapi banyak faktor mempengaruhi permintaan setiap jenis baka dan juga kambing..antaranya

    -permintaan pengguna dipengaruhi oleh permintaan pada sesuatu kawasan…maybe sebelah selatan permintaan agak tinggi..tetapi di sebelah tengah agak kurang…kerana secara kasarnya orang tahu yang biri2 kolestrol tinggi..tapi murah…so kalau bagi mereka yang dikampung2 yang menitik beratkan poket mereka memang lah mereka lebih memilih pilihan yang lebih murah untuk dibuat akikah..tetapi berbeza pula ditengan di mana taburannya penduduknya yang lebih mampu memilih dan memikirkan kesan dari segi kesihatan..mereka lebih memilih yang terbaik untuk diri mereka..so tak heran kalau daging boer boleh dijual walaupun mencecah rm40-60 sekilo….jadi kesimpulannya be yourself…ikut kemampuan diri….kalau rasanya kapasiti kita untuk akikah lebih mengutamakan kawasan setempat berdekatan dengan farm saudara…maka kajilah pasaran dan permintaan disitu…kerana anda tidak boleh mengandaikan anda boleh merasakan permintaan sesuatu baka itu sahaja akan mendapat tempat dalam pasaran untuk seluruh negara…

    sory lebih kurang..harap faham..dah penat menaip nie…pekena kopi sedap gak nie

  25. ok bro,thanks a lot.bab pamasaran memang kene kaji tul2.x bleh ikut2 orang jek, tul x?oklah.nanti bile2 kawan free,bleh jengok kandang dan kambing2 bro tul.bleh mengeteh maner2.haha

  26. mybob, sy ingin tahu pihak anda ada x menyediakn pkhidmatan penyembelihan kambing? maksud sy sekiranya sy ingin membeli kambing yg telah siap sembelih dr pihak mybob dn ada charge utk perkhidmatan(sembelih) itu?

  27. Saya nak beli 2 ekor boer utk aqiqah. Siap sembelih & lapah berapa harga seekor?

  28. Jika ada maklumat berkaitan kursus perternakan kambing yang terkini(area KL / Selangor) mohon inform saya. Saya sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini.TQ

  29. Salam bro,
    Saya bercadang nak buat aqiqah untuk anak perempuan saya lepas raya nie. nak tanya hg utk jenis kambing yg bro ada budget dlm RM 800 dan cara penghantarannya saya tinggal di kuala lumpur.

  30. Salam bro,
    Kenduri aqiqah 18 oktober nie, bila saya boleh buat booking dan dimana nak buat bayaran

  31. Its like you read my mind! You seem to know a lot
    about this, like you wrote the book in it or something.
    I think that you could do with some pics to drive the message
    home a bit, but instead of that, this is excellent blog. An
    excellent read. I will certainly be back.

  32. […] Kambing boer slaughter untuk dijual!!! | melahirkan […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: