Bob

Hari-hari terakhir tahun 2007

In SEO on Disember 26, 2007 at 5:39 pm
Pendaftaran MAHA
Apa yang aku nak kongsikan kali ini tidak berkaitan sangat dengan bidang yang aku perjuangkan tetapi ianya lebih perkongsian ilmu kepada rakan-rakan yang lain terutamanya mereka yang terlibat dalam pembangunan rangkaian atau link berkaitan dengan pertanian,penternakan dan akuakultur di bawah blog jutawantani. Ramai yang dah menyedari potensi menggunakan blog sebagai medium memperketengahkan perniagaan masing-masing dan juga diri mereka sendiri.
Mungkin ramai bertanya kenapa saya sendiri juga lebih memilih menggunakan blog berbanding dengan halaman(website) statik. Ini kerana pengamatan saya mereka yang melayari internet sekarang lebih suka mendapatkan informasi yang sentiasa dikemaskini dan lebih “friendly” kepada penulis blog tersebut berbanding pentadbir(administrator) yang mentadbir halaman(website) yang statik. Walaubagaimanapun semuanya adalah bergantung pada cara anda “tackle” pembaca/pengunjung blog anda sendiri. Malah saya sendiri tidak menafikan bahawa sekarang ruang masa saya semakin sibuk dengan kewujudan blog ini tetapi itulah yang membuatkan diri kita lebih bersemangat untuk menulis. Saya masih mengingati pesan seorang kawan “dalam apa saja yang kita lakukan letakkan bab keuntungan atau wang itu tempat yang kedua…utamakan apa yang kita boleh sumbangkan terlebih dahulu” maka saya sendiri mengingatkan kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain biar kita berurusan “offline” diluar atau di internet jangan terlalu mengajar keuntungan yang cepat. Seperkara lagi apabila kita berkongsi idea, jangan sesekali terus sahaja meniru apa yang rakan kita buat tanpa mengukur “baju sendiri” kerana sebenarnya apabila kita meniru bulat-bulat apa yang rakan kita buat tanpa belajar jikalau terdapat kesilapan, kesilapan tersebut akan nampak nyata.

Ramai rakan-rakan saya disini menggunakan blogger sebagai platform blog mereka. Saya sendiri pernah mengunnakan platform ini iaitu di blog pulau meranti. Saya tidak nafikan ianya menjadi pilihan kerana ianya nampak lebih mudah untuk digunakan bagi mereka yang baru mengenali dunia blog. Walaubagaimanapun wordpress tetap menjadi pilihan saya bagi blog ini dan juga blog yang baru jutawantani, kerana ada sebab-sebab tertentu ianya menjadi pilihan saya selain ianya adalah platform blog yang paling popular dan “friendly” lebih lagi jikalau anda menggunakan domain anda sendiri dengan membeli ruang hosting di syarikat yang menawarkan perkhidmatan hosting seperti DataKL dengan pakej harga yang sangat menarik RM130 setahun. Selain berkaitan dengan platform blog yang digunakan ada yang bertanya pada saya kenapa jumlah pengunjung ke blog mereka(ini hanyalah untuk mereka-mereka yang dibawah link saya sahaja) kurang atau susah nak keluar di carian google ini kerana sebenarnya ada beberapa perkara yang perlu kita pelajari terutamanya perkara berkaitan dengan SEO(search engine optimazation), social networking dan banyak lagi. Insyallah perkara ini dalam perhatian saya untuk membantu rakan-rakan yang lain dan ianya adalah salah satu “project list” saya untuk tahun depan.
Okaylah insyallah saya akan sambung lagi perkara ini nanti…
  1. Link blog ni sudah ditambah, terima kasih sebab link kan blog InfoMalaya..

    Dan, sememangnya blog di Malaysia sudah berkembang..Macam-macam bentuk blog dah ada sekarang.. =)

  2. Banyak ilmu yang saya perolehi dari blog-blog pertanian.. termasuk dari Bob

  3. wordpress mmg agak menarik.. dulu ingat nak tukar, tapi susah gak kan sebab bila dah biasa.. dah nak masuk 5 tahun saya berblog dengan blogger dari personal blog g…

    sejak bob ajar saya, terus saya buat haritu jugak… alhamdulillah kalau taip siswazah tani tu ada banyak kua kat enji carian… tapi mungkin saya masih salah tag kot… bila taip cendawan tu masih belum keluar kat mana2 enjin carian…

    tunggu bob bagi tips lagi… thanks yer bob…

  4. Salam;
    Saya berasa amat gembira melihat perkembangan generasi agrotani masakini. Ramai yg telah sedar bahawa kerjaya dalam pertanian boleh berdaya maju jika diusahakan secara gigih serta dedikasi. Perlu diingat bahawa untuk mencapai kejayaan sabenarnya tidak ada jalan singkat. Syabas kepada semua dalam salam maju jaya:Ahbeng

  5. Assalamualaikum………
    Syabas dan tahniah diucapkan kepada anda kerana berjaya membuat blog dan juga mengiklankan perkara2 berkaitan dengan pertanian. Dengan ini kita dapat mambantu melebarkan lagi peluang pasaran produk pertanian. Selain dari itu juga kita dapat berinteraksi secara lansung atau tak lansung.
    Saya ingin kan bantuan pihak tuan untuk pihak tuan memasukan alamat web blog kami kedalam pautan web blog tuan.
    Terima kasih atas kerjasama tuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: