Bob

Archive for 2008|Yearly archive page

Kursus Teknologi Kambing Boer 9 – 11 Januari 2009

In agriculture, Akuakultur, artikel, Kambing boer, kursus, penternakan, Percutian, pertanian, SEO on Disember 12, 2008 at 10:54 am

Salam kpd rakan2 semua,
Setelah bertungkus lumus di dalam 5 bulan yang lepas start dari maha hinggalah membuat selection kambing, kini kami mempunyai masa dan berpeluang untuk menganjurkan kursus.Kami akan anjurkan kursus teknologi penternakan kambing boer dan Kami alu2kan kepada semua penternak mahupun yang baru nak menternak untuk turut
serta di dalam kursus ini, dimana kami bawakan 2 penceramah yang terkenal di Australia serta 1 pakar nutrisi permakanan haiwan ruminan no 1 di Malaysia dari Mardi iaitu Dr Wan Zahari dan 2 Dr verterinar dalam perubatan serta beberapa penternak yang telah berpengalaman lebih 3 tahun dalam kendalian secara moden dan efisyen skala besar operasi harian ternakan dalam industri ternakan untuk berkongsi pengalaman serta memberi pelbagai tip yang bersesuaian yang diboleh pakai dengan environment disini. Kursus ini lebih kepada Seni Pembakaan Kambing Boer, diharap rakan2 yang telah register atau belum sila mengumpul pelbagai soalan khasnya dari segi seni pembakaan, agar kita dapat tahu gambaran sebenar yang dialami dan cara penternakan yang dipraktis disana.Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati www.boerbest.com . Terima Kasih.
-Another Event Brought to you by BoerBest Group

Objektif

1 – Memberi pendedahan yang sebenar kepada peserta mengenai kambing Boer dari segi pengurusan, penjagaan, pembiakan, permakanan dan perubatan menerusi penceramah berpengalaman yang terkenal di dunia penternakan kambing serta wakil dari agensi kerajaan yang berkaitan.

2 – Berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai industri penternakan kambing Boer di Australia melalui penceramah jemputan – Jim Boer dan Geoffrey Davies

3- Memberi panduan dan bimbingan kepada peserta mengenai pemasaran dan pengurusan kewangan bidang penternakan kambing.

4 – Memberi peluang kepada peserta melalui pengalaman lawatan sambil belajar di kandang ternakan kambing Boer

Kambing….kambing datang lagi…

In Kambing boer, penternakan on Oktober 14, 2008 at 7:01 pm

Kali ini aku berkesempatan lah berada dalam Boerbest Group untuk shipment ini kerana pada shipment yang lepas aku tidak berada bersama mereka kerana urusan peribadi di luar kawasan.

Ini ada lah shipment stage ke-3 untuk melengkapi kontrak pembekalan baka kambing boer kepada MADA & JPH yang berjumlah 2100 ekor.

Kali ini shipment agak mencabar kerana dilakukan dalam bulan puasa yang lalu. Kelewatan juga berlaku semasa “clearance” disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Oleh sebab itu ada beberapa kes kematian kambing yang tidak diingini berlaku diluar kawalan kami. Walaubagaimanapun ianya dapat dikawal dan jumlah peratusnya adalah kecil.

Bagi pembeli-pembeli setia kami, insyallah setiap pembelian anda adalah dijamin oleh kami selama 7 hari selepas penerimaan.

HABUAN MAHA..PERCUTIAN KE PULAU KAPAS TERENGGANU

In artikel, Percutian on Oktober 14, 2008 at 6:16 pm

Berakhirnya MAHA 2008, maka berakhirlah kerja keras selama ini bagi memastikan “group” ini menyertainya. Sehubungan dengan itu maka tiba lah habuan bagi mereka yang terlibat.

Pada akhir bulan ogos sebelum bulan puasa kami telah memilih Pulau Kapas, Terengganu sebagai tempat percutian.

Lama tak jumpa pantai nie…sesekali mengasingkan diri dari dunia kambing buat seketika.

Bagi aku nie memang kali pertama jejakkan kaki ke Pulau Kapas. Sebelum ini adalah beberapa pulau yang aku dah jelajahi seperti Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil , Pulau Aur semuanya di perairan Mersing, Johor.

Langkawi pun pernah juga tetapi aku rasakan Pulau Langkawi dah terlalu komerisial..keaslian semulajadi semakin lenyap. Kalau nak pi “shopping” boleh lah.

Alhamdulilah setelah kami tiba disana suasana memang cantik dan sesuai dengan diri aku yang pecinta alam semula jadi. Tapi yang malasnya walaupun dah ada kat pulau fikiran dan mulut asyik citer pasal kambing…..apa daaaaaaa….orang nak bercuti la..

Ok lah aku sertakan lah sedikit lagi gambar-gambar di sana..biar gambar jer cerita…aku penat nak cerita..sebab sekarang nie aku bukan sahaja penulis blog jutawantani nie tetapi dah terjerumus menjadi pembantu penulis blog berkaitan isu-isu panas nie (politik laaa)..

Malah sekarang ada jemputan pula menjemput aku menjadi sebagai penceramah kepada golongan siswa-siswi…oh tidak..bersediakah aku????

Kenangan di MAHA 2008….satu kejayaan….

In agriculture, artikel, Kambing boer, penternakan on Ogos 26, 2008 at 6:07 pm

Alhamdulilah setelah dua minggu bermandikan matahari dan hujan akhirnya MAHA 2008 dengan telah berakhir dengan rasminya pada 23 Ogos 2008. Terlalu banyak yang saya dapat pelajari dan alami semasa MAHA 2008 ini. Tidak pernah terfikir pun bahawa saya dapat hadir di MAHA 2008 sebagai “Exhibitor”. Walaupun kali ini kemasukan ke MAHA 2008 membawa nama “Boerbest Group” dan Fitrah Waja alhamdulilah segalah perancangan berjalan lancar dan boleh dikatakan sangat berjaya. Boerbest Group sebagai mana yang pernah saya terangkan adalah hasil daripada kerjasama di antara penternak yang berada dalam “networking” saya selama ini. Kalau selama ini tiada nama diberi maka lahirlah nama “Boerbest Group” ini yang secara tak lansung sebenarnya mewujudkan satu penjenamaan bagi kambing boer itu sendiri. Group ini lebih pada satu kumpulan usahawan ternak yang mempunyai visi yang sama, saling membantu, berkongsi sumber yang ada dan juga yang paling menonjol adalah rangkaian pemasaran yang berkesan.

Bersama rakan-rakan penternak…Rie@esis(pertama sebelah kiri) dari casserose (http://kambing-boer.blogspot.com)

Bersama Geoffrey dan Fiona (capricorn pastorial) rakan kerjasama kami di Australia

Saudara Adib (orang kuat jutawantani nie..) dengan penuh gaya entertain walk-in customer di kandang display…

Booth kita orang…..low setup budget..tetapi “hot”….

Bisnes kad baru…dengan nama boerbest group…cantik….kos print pun cantik hehehe

nie kambing tak yah bagi makan…boleh simpan kat umah atau keter…insyallah nantie saya akan pamer di blog ini..anda boleh order…

Michatel Proof..umur 9 bulan..besau dan comel…..

permulaan ini tak berapa banyak gambar yang dapat saya uploadkan kerana masih menunggu gambar yang lain. Ada beberapa gambar yang penting sahaja saya akan paparkan. Salah satunya temuramah daripada TV3 kepada rakan saya saudara Syazwan mengenai masa depan industri ternakan kambing boer di masa hadapan di Malaysia. Insyallah saya akan edit posting nie lagi setelah mendapat gambar yang lain. Secara keseluruhannya apa yang saya boleh katakan..MAHA adalah salah satu platform untuk syarikat yang baru nak membangun untuk mendapat “exposure”. Banyak feedback yang positif diterima daripada trader mahupun pengunjung yang datang ke MAHA 2008 sepanjang 2 minggu tersebut.

* alhamdulilah Boerbest Group juga mendapat liputan di MAHA 2008 di dalam Artikel Utama di Akhbar Sinar Harian. Thanks to kak poziah..nanti leh kami belanja kari kambing boer yerkk..

BBQ waktu malam penutup MAHA khas untuk para-para Exhibitor di laman ternakan….layan woo

Bergambar bersama TKP JPV bersama rakan2 yang lain (malam penutup MAHA 2008)

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (MGBA)

In agriculture on Ogos 13, 2008 at 12:31 pm

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya. Kaunter Penerangan dan pendaftaran keahlian akan dibuka semasa MAHA2008 di Booth Perfect Agro. Sila perhatikan belon besar dan beberapa banner yang telah dipasang.

Gerbang ke Laman Ternakan Pameran Baka Kambing & Lembu di MAHA 2008

Logo Persatuan Penternak Kambing Malaysia

Hari ke-2 MAHA2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor , PPKM telah menerima pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) seramai hampir 100 orang penternak dari seluruh negara yang telah mengunjungi booth pendaftaran. Walaupun hari ini adalah hari perasmian oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi serta keadaan yang agak sibuk, namun rata-rata penternak yang ditemui menyambut baik penubuhan persatuan ini yang bertujuan untuk membantu dan menjaga kebajikan semua penternak yang menjadi ahli persatuan.

Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri juga memberitahu bahawa sektor pertanian dan penternakan pada hari ini telah menyumbang KDNK sebanyak 12% dengan usaha dan promosi berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta yang berganding bahu memajukan sektor-sektor tersebut. Disamping itu juga, pihak kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk memajukan industri pertanian dan penternakan ini.

Oleh yang demikian kita berharap PPKM akan dapat terus direalisasikan untuk membantu penternak dan secara tidak langsung dapat menyahut seruan kerajaan yang telah banyak menyalurkan bantuan kepada sektor yang terlibat. Kita berharap dengan adanya persatuan ini nanti, bantuan daripada pihak kerajaan akan lebih mudah untuk dilaksanakan dan disampaikan terus kepada penternak.

Apa yang kita inginkan adalah sebuah persatuan yang kuat dan kukuh serta akan dapat membantu penternak dalam segala urusan yang berkaitan dengan penternakan. Ini akan dilaksanakan dengan menyatukan semua penternak dan usahawan yang telah berjaya untuk turut berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka untuk dipelajari sama oleh penternak yang baru menceburi industri ini.

Erti sebenarnya sebuah persatuan adalah dimana ahli akan turut sama menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan diri demi untuk kebaikan semua. Persatuan adalah umpama rumah kediaman kita sendiri. Kitalah yang akan menentukan hiasan dan rekaan manakah yang kita inginkan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memajukan persatuan dan tidak hanya diletakkan ke atas ahli jawatankuasa sahaja.

Kejayaan akan lebih dekat sekiranya kita bersama-sama berganding bahu memperkuatkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia ini agar semua ahli yang bernaung di bawahnya akan memperolehi manafaat sepertimana yang diharapkan.

Berita lanjut di http://kambing-ppkm.blogspot.com

Pelancaran Boerboest Group dan Kursus Penternakan Kambing Boer

In agriculture, artikel, Kambing boer, kursus, penternakan on Jun 9, 2008 at 11:28 am

Buat pertama kalinya setelah sekian lama menyepikan diri pihak jutawantani dan saya sendiri sebenarnya mempunyai agenda kami sendiri. Setelah sampai masanya..saya ingin war-warkan projek jutawantani yang terbaru bersama beberapa usahawan yang lain membentuk satu kumpulan perniagaan dan juga satu platform penjenamaan menyeluruh untuk produk yang berkaitan dengan daging kambing boer.

Selain daripada itu satu kursus penternakan kambing boer yang bertaraf antarabangsa akan di adakan pada 19-20 Julai 2008 ini dengan membawa penceramah jemputan dari Australia dan disokong oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV),MARDI,agensi berkaitan dan para penternak yang lain.

PERHATIAN KURSUS TELAH DITUNDA KEPADA TARIKH YANG AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN. MAAF ATAS SEGALA KESULITAN DI ATAS MASALAH TEKNIKAL YANG DIHADAPI BERIKUTAN JADUAL PENCERAMAH DAN TEMPOH PERSIAPAN PENYERTAAN SULONG KAMI DI MAHA TERLALU SUNTUK.

http://www.boerbest.com

Pendaftaran secara online

Kursus ini julung-julung kami jalankan dan ianya menjawab segala pertanyaan mengapa kami tidak pernah menjalan kan mana-mana kursus rasmi kerana kami ingin kelainan dan saya berharap pada meraka yang mungkin bertanyakan yuran kursus tersebut, maka saya ingin jelaskan kami tidak mendapat subsidi mana-mana pihak dan semuanaya adalah urusan kami sendiri maka harga kursus adalah mengikut harga sebenar tapi di sebaliknya kami memberi kelebihan dengan apa yang anda akan bayar kerana kami membawa penceramah jemputan dari Australia, tuan punya JIMBOER sendiri yang mana mungkin selama ini anda yang pernah membeli baka dari Farm ini dari kami. Satu peluang keemasan “to get first hand knowledge” dari seorang “hardcore breeder” dalam penternakan kambing boer amnya.

Jawatan Kosong – Pengurus Projek Cendawan di Terengganu

In agriculture, kursus, pertanian on April 21, 2008 at 1:39 pm

Saya mewakili bakal penyewa pakej bangsal cendawan dan kedai kepunyaan ayah saya di Terengganu ingin mencari seorang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjalankan projek cendawan di Terengganu.

Ciri-ciri yang diperlukan adalah:
1. Menpunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.
2. Boleh bekerja lebih masa.

3. Tidak malu bertanya.

4. Boleh bekerja berat.

5. Mempunyai ijazah, diploma atau sijil dalam apa-apa bidang. Bidang pertanian adalah diutamakan. Sekiranya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, cukuplah boleh membaca, menulis dan mempunyai kemahiran komputer yang asas.
6. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
7. Sanggup menerima gaji yang minimun dan bonus akan diberikan berdasarkan prestasi kerja.
8. Mempunyai lesen memandu B2 dan D.

Bagi yang berminat boleh la hubungi saya di talian 0126221149 atau Cik Anga di talian 0196416251 untuk sesi temuduga.

Terima kasih.

cerita lanjut di http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/ingin-memulakan-projek-di-terengganu.html

dan http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/jawatan-kosong-pengurus-projek-cendawan.html

* dari http://www.siswazah-tani.blogspot.com

DIHARAPKAN SESIAPA YAMNG BERMINAT SILA HUBUNGI RAKAN SAYA CIK FATISHA DI NO YANG DISEBUT DI ATAS.

Cabaran menjadi penternak kambing…(lawak dari seorang teman…)

In Kambing boer on April 16, 2008 at 3:24 pm

Dah lama aku tak update gak blog nie…kekadang sempat balas comment orang jer. Dengan kapasiti projek kambing yang terus berjalan dan beberapa projek freelance yang aku lakukan…masa menjadi sangat mahal buat diri aku. So kali nia aku nak rileks tengok satu video yang di rakam oleh member aku…(si botak tu la…)..lawak hampeh….

* bukan senang..nak kejar kambing jantan tu lari…lompat dari atas lori…jaga kau kambing…