Bob

Archive for Januari 2008|Monthly archive page

Ada apa dengan cendawan??

In agriculture, pertanian on Januari 29, 2008 at 10:52 am

 

chiniagro.gif

Hari ni saya nak cerita pasal cendawan pula…almaklumlah..saya kini juga cuba-cuba menceburi bidang penanaman cendawan, yang mungkin sebenarnya di ceburi oleh isteri saya sendiri. Dengan tunjuk ajar dan kerjasama dari Fatisha AgroFarm alhamdulilah isteri saya pun telah menamatkan kursus di tempat beliau. Gambar disini.

Disini saya akan melihat apakah kebaikan cendawan pula:

-Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya.“Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda:Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”

-Sejak 3000 tahun dulu lagi di percayai dapat mengekalkan keremajaan kulit dan menghilangkan stress

– dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

itu antara khasiat yang dapat saya terangkan disini. Sekarang nie ramai yang ingin menanam cendawan samada secara kecil-kecilan atau secara komersial. Maka sudah tentu anda memerlukan panduan yang berguna sebelum membuat keputusan. Maka saya membuat satu reviu kepada ebook yang baru diterbitkan ini:

e-book-latest3.gif

Ebook ini diterbitkan oleh Saudari Rusila iaitu pemilik Fatisha Agrofarm yang telah berjaya mengadakan kursus-kursus cendawan untuk peserta khusunya di Lembah Klang.

 

Ebook ini padat dan lengkap dengan ilustrasi yang memberi pemahaman yang maksima untuk pembaca. Di antara perkara yang disentuh didalam ebook ini:

– Pengenalan tentang cendawan dan EM.
– Kaedah penanaman, pengukusan, penuaian hasil, dan pembungkusan.
– Gambar semua contoh-contoh kulat perosak.
– Gambar contoh serangan penyakit pada cendawan.
– Pengawalan kerosakan.
– Penjagaan.
– Bajet memulakan projek cendawan secara kecil-kecilan.
– Lebih tebal, padat dan lengkap.
– 110 muka surat dengan ilustrasi yang jelas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan ebook ini boleh lah menghubungi beliau di blog beliau http://siswazah-tani.blogspot.com atau melalui telefon bimbit 0126221149.

 

Kebaikan Daging Boer Dalam Diet Makanan Anda…

In Kambing boer on Januari 28, 2008 at 3:10 pm

 

chiniagro.gif
boermeatbmp.jpg
*kredit gambar ini kepada blog esis

Selama ini banyak perkara yang tidak diketahui oleh pengguna di Malaysia mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan mereka. Kita terlalu disuapkan dengan fakta-fakta yang berkaitan masalah kesihatan mengenai daging ini tetapi yang musykilnya ciri-ciri kebaikannya pula jarang disebutkan walaupun kebanyakkan punca masalah kesihatan yang berlaku kepada mereka yang memakan daging sebenarnya datang dari sikap pengguna itu sendiri yang tidak mengamalkan pengambilan diet yang tepat.

Antara Fakta yang tidak diketahui oleh pengguna yang mengambil daging di dalam diet mereka:

-lemak daging kambing adalah hampir sama dengan lemak ayam iaitu hampir 3%

-persepsi memakan daging berkait rapat dengan darah tinggi adalah lebih kepada faktor psikologi kerana ianya telah di “mindset” kan sebelum ini dan faktor ini yang menyebabkan tekanan darah naik kerana risau memakan daging tersebut. (petikan kata seorang Pakar Biologi Pembiakan)

-bagi 100 gram daging kambing boer yang dipangang mengandungi 143 kalori, 27 program protein, 3 gram lemak, 3.7 miligram zat besi, 85 miligram sodium, 75 miligram kolestrol.

-bagi setiap 3 auns daging kambing boer yang dimasak mengandungi 2.58gram lemak dan 0.79 asid lemak tepu berbanding biri-biri mengandungi 16gram lemak dan 7.3 asid lemak tepu. Malah peratus lemak daging kambing boer adalah lebih rendah daripada biri-biri dan lembu. Malah sebuah universiti di New York memberi kan daging ini kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular kerana mempercayai khasiatnya.
(awas! pastikan apa yang anda makan di kedai-kedai yang menyediakan menu berkaitan dengan kambing pastikan ianya betul-betul adalah kambing dan bukan biri-biri kerana secara logiknya disini lah datangnya fakta mengenai daging kambing yang sebenar telah di manipulasikan, kerana atas faktor harga)

-susu kambing adalah yang kedua terbaik selepas susu ibu, nikotinik asid dalam susu kambing membantu pencernaan, memperbaiki fungsi kulit, meningkatkan pengaliran darah dan membantu dalam merawat mereka yang mengalami susah tidur dan kencing malam. Segelas susu kambing segar yang panas boleh disediakan sebelum mereka tidur.

ini hanyalah sebahagian yang saya dapat terangkan…kalau anda ingin mendapatkan maklumat apa saja tentang daging anda boleh melawati di blog rakan saya haji mustapha, seorang MasterButcher Chef yang terkenal dalam dunia chef. Artikel-artikel beliau amat membantu dalam memberi perspektif yang positif mengenai kepentingan daging dalam diet permakanan kita. Lihat disini

saya juga memegang kata-kata di dalam hadis yang menyebutkan khasiat makanan dalam islam yang ada menerangkan akan khasiat daging kambing…

Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahunKami tidak keseorangan dalam mempromosikan daging boer yang berkualiti tinggi ini, rakan kami yang lain seperti casserose juga mempunyai visi yang sama tentang akan khasiat dan kelazatan daging boer ini seperti tulisan beliau disini

Malah sekarang gelombang perubahan sudah bermula di dalam dunia penternakan dimana pasaran daging boer ini semakin mendapat tempat. Kami sendiri sudah memulakan dengan pakej nasi beriyani untuk pengusaha katering dan juga dalam pembekalan daging boer untuk akikah dan kurban. Yang terbaru walaupun nampak kecil tapi ianya satu langkah yang positif kami juga telah menjual daging boer secara terbuka di Pasar Tani Mega Shah Alam. Kini anda boleh dapat merasai kelazatan daging boer dan khasiatnya walaupun dimana anda berada!!!

Buku Wang, Anda dan Islam

In artikel on Januari 24, 2008 at 12:23 pm

teguh-ternak.gif

Hari ini saya ingi kongsikan satu buku hasil karya dari ustaz yang saya hormati iaitu Ustaz Zaharuddin. Setelah meminta keizinan beliau, saya ingin kongsikannya pula disini. Semoga masing-masing mendapat manafaatnya. Amin…

cover-buku.jpg

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt sampai jua masa terbitnya buku pertama saya setebal 258 halaman. Sebagaimana yang kerap dinyatakan oleh pelbagai penulis-penulis popular termasuk guru saya Syeikh Prof. Dr Md ‘Uqlah El-Ibrahim (Ulama Jordan), buku pertama biasanya memberikan satu perasaan yang luar biasa buat penulis.

Buku ini sepatutnya telah terbit sekitar Julai 2007 yang lalu, tetapi oleh kerana penerbit ketika itu berkeras tidak mahu memasukkan teks Arab bagi Ayat Quran, Hadis, kata Ulama dan Kaedah Fiqh. Maka persetujuan dan usaha bersama selama 3 bulan sebelum itu terpaksa dibatalkan.

Penulis menganalisis isu-isu semasa yang berkaitan dengan amalan perbankan dan kewangan Islam yang bersumberkan kepada khazanah warisan para Ulama silam dan sarjana Islam semasa serta penyelesaiannya menurut Muamalat Islam. Buku ini adalah sumber rujukan yang bernilai kepada para sarjana berkenaan, pengamal perbankan dan kewangan Islam, penyelidik dan pelajar. (Prof Dr Joni Tamkin, UM)

“Al-Fadhil Ust Zaharuddin Abd Rahman ialah ahli dalam bidang Fiqh Al-Muamalat khususnya berkaitan perbankan dan kewangan. Pandangannya telah banyak membantu banyak pihak agar lebih memahami bidang yang penting ini. Saya percaya kehadiran buku ini boleh memberikan sumbangan yang sangat positif untuk orang ramai memahami hukum Syarak dalam bidang tersebut”( Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Mufti Perlis)

Maklumat lanjut boleh di layari di sini http://www.zaharuddin.net/index.php

 Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!

 

Apa yang anda perlu tahu untuk tahun 2008 ini..

In agriculture, Akuakultur, Kambing boer, penternakan, pertanian on Januari 11, 2008 at 12:25 pm

Pengeluaran dalam Negara Meningkat:

-Akuakultur sebanyak 1.1%

-Sayur-sayuran 8.5 %

-Penternakan Lembu dan Kerbau 84.8%

-Penternakan kambing 82.9%

– Ayam 20.1%

– Telur 13.6%

-Ikan hiasan 19%

-Lain-lain data utk kategori lain tidak diketahui…

Walaupun dengan peningkatan pengeluaran yang ada data menunjukkan ianya hanya memenuhi keperluan negara:(saya cuma ada data untuk ternakan sahaja)

-Lembu/Kerbau 25% di dalam pasaran

-Kambing 9% di dalam pasaran

-Tenusu 5% di dalam pasaran

Penguasaan pasaran masih menunjukkan dikuasai oleh daging import dari luar.

Pertumbuhan Ekonomi

-Kambing/bebiri 30.3% dari unjuran asal 8.9%

-Lembu/Kerbau 24.5% dari unjuran asal 9.6%

-Tenusu menurun 0.8%

Produk tani yang mempunyai potensi berterusan:

-Kubis, cili, halia, cendawan, sawi, ubi keladi. Sebilangannya masih diimport dengan jumlah yang besar dari luar. Pengeluaran di dalam negara dapat mengimbangi perkara ini.

-Pisang, nanas, nangka, belimbing, jambu batu, betik dan tembikai. Sentiasa mendapat pasaran di antarabangsa.

Negara Pengimport Terbesar Produk Kita

-Singapura

-Hong Kong

-Amerika Syarikat (U.S)

-Brunei

-Jepun

Peranan Portal Agribazaar

Bermula pada tahun 2004 dengan pengguna berjumlah 1800 orang sahaja dan transaksi bernilai RM 21 juta pada tahun 2006 telah meningkat kepada RM 200 juta pada tahun 2007 dengan pengguna berjumlah 29,148 orang. Satu peningkatan yang amat drastik. Di jangkakan transaksi yang berlaku pada tahun 2008 akan melonjak melebihi RM 350 juta.

* Segala data dan pandangan yang diberi adalah berdasarkan data cerapan dari simpanan dan pemerhatian penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab di atas jikalau ada data-data yang kurang tepat. Diharapkan ianya menjadi penunjuk aras bagi mereka yang terlibat didalam bidang ini.

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!