Bob

Internet dan Blog mempengaruhi trend pengundi PRU12

In artikel on Mac 17, 2008 at 1:13 pm

beritahu2.gif

Agak lama juga saya tak kemaskini blog ini dengan artikel yang terbaru. Almaklumlah satu “malaya” pun tahu yang demam PRU12 melanda negara kita dan setelah tamat pun masih belum reda lagi bahangnya. Saya bukan nak bercerita pasal PRU12 sebenarnya tetapi saya ingin bercerita tentang salah satu “senjata” virtual(maya) yang digunakan pihak tertentu untuk mempengaruhi pengundi PRU12. Dari mereka yang datang dari Bernama, Ahli akademik dan penganalisis politik semuanya setuju bahawa salah satu media alternatif yang tidak menafaatkan adalah menerusi internet iaitu penggunaan platform blog.

Mengambil contoh artikel yang di tulis oleh Dr.Sapora Sipon, Pensyarah Kanan, Program Kauseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Univeristi Sains Islam Malaysia(USIM) yang tersiar di Utusan Malaysia hari ini, beliau berpendapat:

Dilaporkan gerakan politik melalui Internet sudah wujud sejak pilihanraya 1999, tetapi strategi itu gagal membantun kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif lansung dalam pilihanraya 2004. Tetapi piliharaya 2008 menyaksikan keadaan yang amat berbeza di mana banyak rakyat yang memilih internet melalui blog sebagai satu medium berkomonukasi yang berpengaruh dalam kempen…
Maklumat dalam pelbagai bidang boleh diperoleh dengan cepat dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Apabila masyarakat bermaklumat tentu sekali percambahan minda rakyat ke arah yang positif akan berlaku.
Setiap pihak terutama sekali parti lawan ternyata menafaatkan sepenuh-penuhnya penggunaan internet dan blog atas usaha mempengaruhi pemikiran dan psikologi rakyat untuk menyokong mereka….
Ternyata dalam konteks PRU12, penggunaan internet dan blog banyak menguntungkan parti lawan. Tentu sekali ini memberi pengajaran kepada BN untuk tidak mengambil mudah peranan internet dan blog dalam memujuk dan membentuk persepsi pengundi pada PRU akan datang….
Utusan Malaysia, Isnin 17 Mac 2008

Jadi disini saya hanyalah ingin mengingatkan pada anda semua kepentingan pengetahuan ICT adalah sangat penting dan sangat relevan dalam hidup kita, biar siapa pun kita..kita tetap memerlukannya…kerana inilah corak masa depan yang akan datang. Tidak terkecuali juga dalam bidang pertanian dan industria asas tani ini. Saya sendiri seronok melihat perubahan perkembangan di internet mengenai sektor ini semenjak awal tahun 2006 makin rancak dan makin maju. Mungkin pada permulaan anda merasakan khuatir anda tidak mendapat perhatian dari pengunjung, tetapi itu adalah normal untuk permulaan. Kekerapan anda mendekatkan diri anda dengan pengunjung di blog akan mempopularkan diri anda sendiri dan perniagaan anda juga. Untuk contoh pertama kalinya saya akan lihatkan statisik blog ini dari mula ia bertapak hinggalah sekarang.

screenhunter_01-mar-17-1248.jpg
Kalau dilihat dari rajah diatas memang pada permulaaanya agak rendah tetapi dengan pelbagai perubahan yang dilakukan kepada blog dengan harapan pengunjung dapat memenafatkan kewujudan blog ini semaksima mungkin, peningkatan berlaku dengan mendadak. Maka kita tidak boleh berputus asa dalam membuat sesuatu. Semuanya tidak bergolek datang pada anda. Kita harus sentiasa memperbaiki diri untuk lebih maju.
* sapa kata blog itu..hanya picisan??? (blog saya ini pernah di lemparkan dengan panggilan ini. akhirnya masa yang menentukan dan ternyata sebaliknya!!)
  1. hanya org2 yang berani berblog sahaja paham erti blog…

  2. internet dan blog memang tidak bisa dipisahkan

    situsnya komunitas blogger indonesia http://www.id-blogger.com

  3. betul tu bob, yang penting kena rajin updatelah.. sbb org sentiasa mencari maklumat2 terkini..
    blog aku tetiba jer dapat hits tinggi masa pilihanraya hari tuh…
    semua tu sbb seo.. heheheh

  4. macam blog aku gak dulu…mula2 start …dlm 5k/month je org masuk…tapi skrg ni dah 40K/month dah…tiap2 bulan graf naik mencacak jer

  5. Yah, memang blog sekarang udah ngetrend di semua negara…hebat….

  6. sememangnya menjadi trend… akan tetapi saya pun tidak terpikir bidang agroculture turut boleh dicombine dengan IT. Tahniah saya ucapkan kepada pengusaha yang semamangnyer berani melakukan perubahan. Salute!!

  7. Hai, Menjual lintah & makanan alternatif lain untuk lintah. Tidak hanya bergantung kepada belut. Hubungi 016-4855181.

  8. My school has both and they are the same thing. Everytime I go to a site it says either: You must have firefox, or You must have internet explorer. Also why is firefox downloadable? Wouldn’t you already have a browser?. What are the add ons like? Internet explorer has tabbed browsing..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: