Bob

Archive for April 2008|Monthly archive page

Jawatan Kosong – Pengurus Projek Cendawan di Terengganu

In agriculture, kursus, pertanian on April 21, 2008 at 1:39 pm

Saya mewakili bakal penyewa pakej bangsal cendawan dan kedai kepunyaan ayah saya di Terengganu ingin mencari seorang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjalankan projek cendawan di Terengganu.

Ciri-ciri yang diperlukan adalah:
1. Menpunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.
2. Boleh bekerja lebih masa.

3. Tidak malu bertanya.

4. Boleh bekerja berat.

5. Mempunyai ijazah, diploma atau sijil dalam apa-apa bidang. Bidang pertanian adalah diutamakan. Sekiranya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, cukuplah boleh membaca, menulis dan mempunyai kemahiran komputer yang asas.
6. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
7. Sanggup menerima gaji yang minimun dan bonus akan diberikan berdasarkan prestasi kerja.
8. Mempunyai lesen memandu B2 dan D.

Bagi yang berminat boleh la hubungi saya di talian 0126221149 atau Cik Anga di talian 0196416251 untuk sesi temuduga.

Terima kasih.

cerita lanjut di http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/ingin-memulakan-projek-di-terengganu.html

dan http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/jawatan-kosong-pengurus-projek-cendawan.html

* dari http://www.siswazah-tani.blogspot.com

DIHARAPKAN SESIAPA YAMNG BERMINAT SILA HUBUNGI RAKAN SAYA CIK FATISHA DI NO YANG DISEBUT DI ATAS.

Cabaran menjadi penternak kambing…(lawak dari seorang teman…)

In Kambing boer on April 16, 2008 at 3:24 pm

Dah lama aku tak update gak blog nie…kekadang sempat balas comment orang jer. Dengan kapasiti projek kambing yang terus berjalan dan beberapa projek freelance yang aku lakukan…masa menjadi sangat mahal buat diri aku. So kali nia aku nak rileks tengok satu video yang di rakam oleh member aku…(si botak tu la…)..lawak hampeh….

* bukan senang..nak kejar kambing jantan tu lari…lompat dari atas lori…jaga kau kambing…

Ketibaan Kambing Boer dari NSW,Australia. 4 April 2008

In agriculture, Kambing boer, penternakan on April 8, 2008 at 12:32 pm

Nie lah sedikit gambar yang aku leh attach kat sini tentang shipment yang terbaru. Nak citer panjang-panjang pun tak larat..sakit badan pun tak habis lagi..hehehe. Apa yang aku nak ucapkan ialah ucapan terima kasih kepada semua pembeli-pembeli setia kami yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan baka-baka kambing boer yang berkualiti dengan harga yang kompetitif sesuai dengan kehendak dan “budget” masing-masing. Terima kasih!!…

Btw.. ada sedikit perubahan harga terbaru selepas ini..untuk mendapat quotation harga terbaru sila email kepada saya di mybob_online2u@yahoo.com atau rozee@jutawantani.com