Bob

Archive for Ogos 2008|Monthly archive page

Kenangan di MAHA 2008….satu kejayaan….

In agriculture, artikel, Kambing boer, penternakan on Ogos 26, 2008 at 6:07 pm

Alhamdulilah setelah dua minggu bermandikan matahari dan hujan akhirnya MAHA 2008 dengan telah berakhir dengan rasminya pada 23 Ogos 2008. Terlalu banyak yang saya dapat pelajari dan alami semasa MAHA 2008 ini. Tidak pernah terfikir pun bahawa saya dapat hadir di MAHA 2008 sebagai “Exhibitor”. Walaupun kali ini kemasukan ke MAHA 2008 membawa nama “Boerbest Group” dan Fitrah Waja alhamdulilah segalah perancangan berjalan lancar dan boleh dikatakan sangat berjaya. Boerbest Group sebagai mana yang pernah saya terangkan adalah hasil daripada kerjasama di antara penternak yang berada dalam “networking” saya selama ini. Kalau selama ini tiada nama diberi maka lahirlah nama “Boerbest Group” ini yang secara tak lansung sebenarnya mewujudkan satu penjenamaan bagi kambing boer itu sendiri. Group ini lebih pada satu kumpulan usahawan ternak yang mempunyai visi yang sama, saling membantu, berkongsi sumber yang ada dan juga yang paling menonjol adalah rangkaian pemasaran yang berkesan.

Bersama rakan-rakan penternak…Rie@esis(pertama sebelah kiri) dari casserose (http://kambing-boer.blogspot.com)

Bersama Geoffrey dan Fiona (capricorn pastorial) rakan kerjasama kami di Australia

Saudara Adib (orang kuat jutawantani nie..) dengan penuh gaya entertain walk-in customer di kandang display…

Booth kita orang…..low setup budget..tetapi “hot”….

Bisnes kad baru…dengan nama boerbest group…cantik….kos print pun cantik hehehe

nie kambing tak yah bagi makan…boleh simpan kat umah atau keter…insyallah nantie saya akan pamer di blog ini..anda boleh order…

Michatel Proof..umur 9 bulan..besau dan comel…..

permulaan ini tak berapa banyak gambar yang dapat saya uploadkan kerana masih menunggu gambar yang lain. Ada beberapa gambar yang penting sahaja saya akan paparkan. Salah satunya temuramah daripada TV3 kepada rakan saya saudara Syazwan mengenai masa depan industri ternakan kambing boer di masa hadapan di Malaysia. Insyallah saya akan edit posting nie lagi setelah mendapat gambar yang lain. Secara keseluruhannya apa yang saya boleh katakan..MAHA adalah salah satu platform untuk syarikat yang baru nak membangun untuk mendapat “exposure”. Banyak feedback yang positif diterima daripada trader mahupun pengunjung yang datang ke MAHA 2008 sepanjang 2 minggu tersebut.

* alhamdulilah Boerbest Group juga mendapat liputan di MAHA 2008 di dalam Artikel Utama di Akhbar Sinar Harian. Thanks to kak poziah..nanti leh kami belanja kari kambing boer yerkk..

BBQ waktu malam penutup MAHA khas untuk para-para Exhibitor di laman ternakan….layan woo

Bergambar bersama TKP JPV bersama rakan2 yang lain (malam penutup MAHA 2008)

Advertisements

Persatuan Penternak Kambing Malaysia (MGBA)

In agriculture on Ogos 13, 2008 at 12:31 pm

Satu inisiatif telah (sejak 2007) dan sedang diambil untuk menubuhkan satu badan berkebajikan untuk menyatukan semua penternak dan usahawan ternakan kambing seluruh Malaysia di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia. Persatuan yang sedang di dalam proses penubuhan ini bertujuan untuk membantu usahawan ternakan kambing seperti kursus dan latihan, memasarkan hasil ternakan, mendapatkan baka kambing, mendapatkan makanan ternakan dan ubat-ubatan dengan harga istimewa daripada pihak pembekal dan sebagainya. Kaunter Penerangan dan pendaftaran keahlian akan dibuka semasa MAHA2008 di Booth Perfect Agro. Sila perhatikan belon besar dan beberapa banner yang telah dipasang.

Gerbang ke Laman Ternakan Pameran Baka Kambing & Lembu di MAHA 2008

Logo Persatuan Penternak Kambing Malaysia

Hari ke-2 MAHA2008 yang berlangsung di Serdang, Selangor , PPKM telah menerima pendaftaran keahlian di dalam Persatuan Penternak Kambing Malaysia (PPKM) seramai hampir 100 orang penternak dari seluruh negara yang telah mengunjungi booth pendaftaran. Walaupun hari ini adalah hari perasmian oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi serta keadaan yang agak sibuk, namun rata-rata penternak yang ditemui menyambut baik penubuhan persatuan ini yang bertujuan untuk membantu dan menjaga kebajikan semua penternak yang menjadi ahli persatuan.

Dalam ucapan perasmian, Perdana Menteri juga memberitahu bahawa sektor pertanian dan penternakan pada hari ini telah menyumbang KDNK sebanyak 12% dengan usaha dan promosi berterusan daripada pihak kerajaan dan swasta yang berganding bahu memajukan sektor-sektor tersebut. Disamping itu juga, pihak kerajaan menyediakan peruntukan yang besar untuk memajukan industri pertanian dan penternakan ini.

Oleh yang demikian kita berharap PPKM akan dapat terus direalisasikan untuk membantu penternak dan secara tidak langsung dapat menyahut seruan kerajaan yang telah banyak menyalurkan bantuan kepada sektor yang terlibat. Kita berharap dengan adanya persatuan ini nanti, bantuan daripada pihak kerajaan akan lebih mudah untuk dilaksanakan dan disampaikan terus kepada penternak.

Apa yang kita inginkan adalah sebuah persatuan yang kuat dan kukuh serta akan dapat membantu penternak dalam segala urusan yang berkaitan dengan penternakan. Ini akan dilaksanakan dengan menyatukan semua penternak dan usahawan yang telah berjaya untuk turut berkongsi pengalaman dan rahsia kejayaan mereka untuk dipelajari sama oleh penternak yang baru menceburi industri ini.

Erti sebenarnya sebuah persatuan adalah dimana ahli akan turut sama menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan diri demi untuk kebaikan semua. Persatuan adalah umpama rumah kediaman kita sendiri. Kitalah yang akan menentukan hiasan dan rekaan manakah yang kita inginkan. Setiap ahli mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk memajukan persatuan dan tidak hanya diletakkan ke atas ahli jawatankuasa sahaja.

Kejayaan akan lebih dekat sekiranya kita bersama-sama berganding bahu memperkuatkan Persatuan Penternak Kambing Malaysia ini agar semua ahli yang bernaung di bawahnya akan memperolehi manafaat sepertimana yang diharapkan.

Berita lanjut di http://kambing-ppkm.blogspot.com