Bob

Kenangan di MAHA 2008….satu kejayaan….

In agriculture, artikel, Kambing boer, penternakan on Ogos 26, 2008 at 6:07 pm

Alhamdulilah setelah dua minggu bermandikan matahari dan hujan akhirnya MAHA 2008 dengan telah berakhir dengan rasminya pada 23 Ogos 2008. Terlalu banyak yang saya dapat pelajari dan alami semasa MAHA 2008 ini. Tidak pernah terfikir pun bahawa saya dapat hadir di MAHA 2008 sebagai “Exhibitor”. Walaupun kali ini kemasukan ke MAHA 2008 membawa nama “Boerbest Group” dan Fitrah Waja alhamdulilah segalah perancangan berjalan lancar dan boleh dikatakan sangat berjaya. Boerbest Group sebagai mana yang pernah saya terangkan adalah hasil daripada kerjasama di antara penternak yang berada dalam “networking” saya selama ini. Kalau selama ini tiada nama diberi maka lahirlah nama “Boerbest Group” ini yang secara tak lansung sebenarnya mewujudkan satu penjenamaan bagi kambing boer itu sendiri. Group ini lebih pada satu kumpulan usahawan ternak yang mempunyai visi yang sama, saling membantu, berkongsi sumber yang ada dan juga yang paling menonjol adalah rangkaian pemasaran yang berkesan.

Bersama rakan-rakan penternak…Rie@esis(pertama sebelah kiri) dari casserose (http://kambing-boer.blogspot.com)

Bersama Geoffrey dan Fiona (capricorn pastorial) rakan kerjasama kami di Australia

Saudara Adib (orang kuat jutawantani nie..) dengan penuh gaya entertain walk-in customer di kandang display…

Booth kita orang…..low setup budget..tetapi “hot”….

Bisnes kad baru…dengan nama boerbest group…cantik….kos print pun cantik hehehe

nie kambing tak yah bagi makan…boleh simpan kat umah atau keter…insyallah nantie saya akan pamer di blog ini..anda boleh order…

Michatel Proof..umur 9 bulan..besau dan comel…..

permulaan ini tak berapa banyak gambar yang dapat saya uploadkan kerana masih menunggu gambar yang lain. Ada beberapa gambar yang penting sahaja saya akan paparkan. Salah satunya temuramah daripada TV3 kepada rakan saya saudara Syazwan mengenai masa depan industri ternakan kambing boer di masa hadapan di Malaysia. Insyallah saya akan edit posting nie lagi setelah mendapat gambar yang lain. Secara keseluruhannya apa yang saya boleh katakan..MAHA adalah salah satu platform untuk syarikat yang baru nak membangun untuk mendapat “exposure”. Banyak feedback yang positif diterima daripada trader mahupun pengunjung yang datang ke MAHA 2008 sepanjang 2 minggu tersebut.

* alhamdulilah Boerbest Group juga mendapat liputan di MAHA 2008 di dalam Artikel Utama di Akhbar Sinar Harian. Thanks to kak poziah..nanti leh kami belanja kari kambing boer yerkk..

BBQ waktu malam penutup MAHA khas untuk para-para Exhibitor di laman ternakan….layan woo

Bergambar bersama TKP JPV bersama rakan2 yang lain (malam penutup MAHA 2008)

  1. alaa.aku kenal la cameraman tu..jufri..

  2. jalan2 ke maha 4 kali… tapi tak terjumpa la bob.. sori tak sempat ke sana… tapi dah tgk kat paper tu..😀

  3. abg bob, tak sempat jumpa la hari tu kt MAHA. ada pergi both, tp cuma ada mama je. abg bob g smayang jumaat kot.ahaks. anyway, good luck my bro!

  4. salam bro..tak sempat nak melawat booth boerbest group hari tu…sampai area penternakan dah jam 7mlm…sayang betul la…kalau tak nak minta beli patung kambing tu…kiut betul laaaa…
    rugi gak tak sempat nak menuntut ilmu ngan bro hari tu..tapi nanti masih boleh kan…teringin nak join bidang penternakan kambing nie…

  5. walaikumsalam…aku sendiri pun tak dapat sangat nak berjalan..sekadar berjalan disekitar laman ternakan….yang kat dewan..memang aku tak sempat nak tgk..

    tentang toys tu ada lagi la..kat umah aku ada stok…masih dijual..tengah planning nak jual di internet…for education…ramai sangat generasi baru sekarang tak tahu rupa bentuk kambing macam mana..hhehehehe

  6. bang, saya nak beli kambing F3/F4 sebanyak 300 ekor boleh ke abg uruskan? dan sedikit konsultasi.. ladang saya di Tampin.

  7. I’ve recently started a webcomic. After viewing some of my favorite other webcomic sites I noticed that they had a ? in every comic posted. My questions are: Do you have to Copyright a webcomic? Is it as simple as just typing in a ? into every comic or do I have to register something somewhere?.

  8. I would like to start making money blogging. Can someone lead me in the right direction? There are so many free sites, kits, etc? Don’t know where to start?.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: