Bob

Archive for Disember 2008|Monthly archive page

Kursus Teknologi Kambing Boer 9 – 11 Januari 2009

In agriculture, Akuakultur, artikel, Kambing boer, kursus, penternakan, Percutian, pertanian, SEO on Disember 12, 2008 at 10:54 am

Salam kpd rakan2 semua,
Setelah bertungkus lumus di dalam 5 bulan yang lepas start dari maha hinggalah membuat selection kambing, kini kami mempunyai masa dan berpeluang untuk menganjurkan kursus.Kami akan anjurkan kursus teknologi penternakan kambing boer dan Kami alu2kan kepada semua penternak mahupun yang baru nak menternak untuk turut
serta di dalam kursus ini, dimana kami bawakan 2 penceramah yang terkenal di Australia serta 1 pakar nutrisi permakanan haiwan ruminan no 1 di Malaysia dari Mardi iaitu Dr Wan Zahari dan 2 Dr verterinar dalam perubatan serta beberapa penternak yang telah berpengalaman lebih 3 tahun dalam kendalian secara moden dan efisyen skala besar operasi harian ternakan dalam industri ternakan untuk berkongsi pengalaman serta memberi pelbagai tip yang bersesuaian yang diboleh pakai dengan environment disini. Kursus ini lebih kepada Seni Pembakaan Kambing Boer, diharap rakan2 yang telah register atau belum sila mengumpul pelbagai soalan khasnya dari segi seni pembakaan, agar kita dapat tahu gambaran sebenar yang dialami dan cara penternakan yang dipraktis disana.Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati www.boerbest.com . Terima Kasih.
-Another Event Brought to you by BoerBest Group

Objektif

1 – Memberi pendedahan yang sebenar kepada peserta mengenai kambing Boer dari segi pengurusan, penjagaan, pembiakan, permakanan dan perubatan menerusi penceramah berpengalaman yang terkenal di dunia penternakan kambing serta wakil dari agensi kerajaan yang berkaitan.

2 – Berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai industri penternakan kambing Boer di Australia melalui penceramah jemputan – Jim Boer dan Geoffrey Davies

3- Memberi panduan dan bimbingan kepada peserta mengenai pemasaran dan pengurusan kewangan bidang penternakan kambing.

4 – Memberi peluang kepada peserta melalui pengalaman lawatan sambil belajar di kandang ternakan kambing Boer