Bob

Posts Tagged ‘JPH’

Kambing….kambing datang lagi…

In Kambing boer, penternakan on Oktober 14, 2008 at 7:01 pm

Kali ini aku berkesempatan lah berada dalam Boerbest Group untuk shipment ini kerana pada shipment yang lepas aku tidak berada bersama mereka kerana urusan peribadi di luar kawasan.

Ini ada lah shipment stage ke-3 untuk melengkapi kontrak pembekalan baka kambing boer kepada MADA & JPH yang berjumlah 2100 ekor.

Kali ini shipment agak mencabar kerana dilakukan dalam bulan puasa yang lalu. Kelewatan juga berlaku semasa “clearance” disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Oleh sebab itu ada beberapa kes kematian kambing yang tidak diingini berlaku diluar kawalan kami. Walaubagaimanapun ianya dapat dikawal dan jumlah peratusnya adalah kecil.

Bagi pembeli-pembeli setia kami, insyallah setiap pembelian anda adalah dijamin oleh kami selama 7 hari selepas penerimaan.

Advertisements

Kunjungan dari Sarawak..

In agriculture, Kambing boer, penternakan on Februari 18, 2008 at 5:45 pm
 
(Muaturun borang kursus keusahawanan MARA 2008 disini!!!)
Ahad lepas kami berada di farm kerana ada “group meeting” yang diadakan. Sementara itu dijangkakan kami menerima kehadiran pengunjung dari sarawak. Mereka ingin mendapatkan informasi mengenai penternakan kambing boer dari kami. Memang kami mengalu-alukan pengunjung dari Sarawak dan Sabah. Kerana mengikut pengamatan saya ramai lagi penternak disana yang ingin mendapatkan maklumat atau bekalan baka kambing boer ke sana, tetapi kerana atas masalah dasar JPH yang berbeza mengikut negeri ada beberapa halangan yang membataskan. Walaubagaimanapun ianya harus ditangani secara bijak. Mungkin hasil kerjasama penternak disini dengan di Sarawak dan Sabah akan membuahkan hasil dan kesannya perkembangan penternakan kambing semakin berkembang secara keseluruhan.
17022008001.jpg
(3 orang sebelah kanan adalah dari Sarawak)
thanks guy!!!
170220081.jpg
ni family yang selalu melanggan daging kambing boer kami,
kira2 regular customer la. Malah petang tu mereka yang menaja makanan untuk semua..kami pula yang segan..hehehe. Apa apa pun thanks to this “nice family”
17022008002.jpg
“Geng Botak” hehehe..by the way dua orang kawan aku nie adalah orang2 belakang tabir(alah orang yang pegang kamera,edit video..dll) sekarang nie pun nak belajar-belajar pegang kambing..hehehe.
nak diceritakan lagi bukan ini sahaja tetamu yang hadir semalam..tetapi terima kasih juga kepada En.Mohd Zaidi yang membeli 10 ekor baka kambing boer dan juga adalah 5-6 client lagi yang aku pun tak sempat nak ingat namanya…so wan and mizi lah entertain hehehe kerana aku sibuk mendesign banner untuk projek baru kami…apa2 pun terima kasih semua…