Bob

Posts Tagged ‘kambing’

Kambing….kambing datang lagi…

In Kambing boer, penternakan on Oktober 14, 2008 at 7:01 pm

Kali ini aku berkesempatan lah berada dalam Boerbest Group untuk shipment ini kerana pada shipment yang lepas aku tidak berada bersama mereka kerana urusan peribadi di luar kawasan.

Ini ada lah shipment stage ke-3 untuk melengkapi kontrak pembekalan baka kambing boer kepada MADA & JPH yang berjumlah 2100 ekor.

Kali ini shipment agak mencabar kerana dilakukan dalam bulan puasa yang lalu. Kelewatan juga berlaku semasa “clearance” disebabkan oleh masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Oleh sebab itu ada beberapa kes kematian kambing yang tidak diingini berlaku diluar kawalan kami. Walaubagaimanapun ianya dapat dikawal dan jumlah peratusnya adalah kecil.

Bagi pembeli-pembeli setia kami, insyallah setiap pembelian anda adalah dijamin oleh kami selama 7 hari selepas penerimaan.

Cabaran menjadi penternak kambing…(lawak dari seorang teman…)

In Kambing boer on April 16, 2008 at 3:24 pm

Dah lama aku tak update gak blog nie…kekadang sempat balas comment orang jer. Dengan kapasiti projek kambing yang terus berjalan dan beberapa projek freelance yang aku lakukan…masa menjadi sangat mahal buat diri aku. So kali nia aku nak rileks tengok satu video yang di rakam oleh member aku…(si botak tu la…)..lawak hampeh….

* bukan senang..nak kejar kambing jantan tu lari…lompat dari atas lori…jaga kau kambing…

Ketibaan Kambing Boer dari NSW,Australia. 4 April 2008

In agriculture, Kambing boer, penternakan on April 8, 2008 at 12:32 pm

Nie lah sedikit gambar yang aku leh attach kat sini tentang shipment yang terbaru. Nak citer panjang-panjang pun tak larat..sakit badan pun tak habis lagi..hehehe. Apa yang aku nak ucapkan ialah ucapan terima kasih kepada semua pembeli-pembeli setia kami yang memberi kepercayaan kepada kami untuk membekalkan baka-baka kambing boer yang berkualiti dengan harga yang kompetitif sesuai dengan kehendak dan “budget” masing-masing. Terima kasih!!…

Btw.. ada sedikit perubahan harga terbaru selepas ini..untuk mendapat quotation harga terbaru sila email kepada saya di mybob_online2u@yahoo.com atau rozee@jutawantani.com

Pelaburan Yang Meragukan…Ambilah Pengajaran..

In agriculture on Oktober 20, 2007 at 10:10 am

Syarikat *********mempelawa anda menyertai perniagaan ternakan kambing secara perkongsian. Anda hanya perlu membeli kambing mengikut kemampuan anda. Satu perjanjian akan dibuat dan ditandatangani yang mana anda bersetuju menyerahkan sepenuh kuasa kepada Syarikat ********* untuk menternak, membeli semula dan memasarkan @ menjual kambing tersebut. Pembeli akan diberi sijil pemilikan.

Syarikat akan memberikan keuntungan hasil dari penjualan selepas 60 hari kepada anda bagi setiap ekor kambing yang anda beli.

CONTOH :
RM 550.00 =Harga Belian Seekor Kambing
SELEPAS 60 HARI RM 900.00 =Harga Kambing Dijual
RM 150.00 =(Tolak) Kos Penjagaan
RM 750.00 =Untung Kasar
RM 550.00 =(Tolak) Modal – Akan Digantikan Dengan Kambing Baru
RM 200.00 =Untung Bersih *(Harus Di ingat Menetapkan kn Keuntungan itu HARAM dlm Islam)

* Dibayar Setiap 2 Bulan @ 60 Hari * Tertakluk Pada Perjanjian

PROSES SELEPAS 2 BULAN :
• Syarikat Akan Membeli Semula Kambing Tersebut Dengan Harga RM 900.00
• RM 150.00 Akan Di Potong Dari Pembelian Semula Ini Untuk Kos Penjagaan.
• RM 550.00 ( Modal ) Juga Akan Di Tolak Jika Pembeli Tidak Menarik Diri & Syarikat Akan Menggantikan Dengan Kambing Yang Baru.
• Pembeli Akan Menerima Baki Bersih RM200.00

PROSES PEMBAYARAN & PENARIKAN DIRI :
• Pembeli Akan Menerima Cek Sebanyak RM200.00 Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Pembelian Semula.
• Jika Ada Penarikan Diri Oleh Pembeli, Cek Sebanyak RM750.00 Akan Diberikan. (Modal + Untung)
• Penarikan Diri Perlu Dibuat Dengan Bertulis Sebulan Sebelum Tarikh Tamat.
• Pembeli Perlu Menyerahkan Sijil Pemilikan Dan Salinan Kad Pengenalan.

Apakah tujuan syarikat ini dgn mengambil deposit orang ramai untuk melabur dlm syarikat nya?
Baca baki entri ini »

Makanan dan Hikmahnya dalam Islam

In Pelbagai on Mac 13, 2007 at 4:43 pm

Ini adalah artikel yang aku baca dari sumber tertentu..nice info tapi cuba baca info yang last tu…memang kena dengan topik kay

Senarai Makanan Dan Hikmahnya

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”.
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.
Barli (sya’ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak
dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid
(utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta’)
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.
“Endive” (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”.
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda “jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut (memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.”
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (henna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a’sl)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.” Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a’das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut- turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya lebih bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
 
so moral of the story marilah kita mencintai makan daging kambing hehehe…

nak ternak kambing?kandang macamna? kosnya?…

In Pelbagai on Mac 7, 2007 at 10:39 am

dengan beberapa respons yang saya dapat dari teman-teman seperjuangan banyak persoalan timbul yang masih bermain di fikiran mereka. contohnya kalau nak ternak kambing macamna?..mana nak cari modal buat kandang?..dan pelbagai lagie…

sebenarnya perkara nie kita kena mempertimbangkan dengan fikiran terbuka…tak semua on paper yang tu sama dengan realiti di luar. Kekadang kita terbaca yang mengatakan modal mereka untuk “set-up” kandang sampai RM 50,000-RM 100,000. Saya akan cuba memecahkan kebuntuan bagi mereka yang baru atau ingin bermula menceburkan diri dalam penternakan kambing.

Pertamanya..apa matlamat permulaan kamu..secara kecil-kecilan?sederhana?komersial..kalau kita baru belajar dan ingin bermula dari bawah usahakan dengan modal yang kecil dahulu contoh baik boleh lihat kat sini:

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/09/kemajuan-projek.html

http://missiontothetop.blogspot.com/2006/10/kos-kandang-bersaiz-100-p-x-24-l.html

jadi disini kamu boleh berlatih dahulu bagaimana nak mengurus sesebuah kandang kambing dan keperluannya. Kandang yang dibina tak perlu kandang yang besar…boleh lihat contoh di link di atas. Kemudian pastikan bahawa design kandang tersebut boleh di”extend” atau boleh disambung pada masa akan datang. Kos juga boleh dikurangkan dengan mendapatkan sumber bahan binaan (kayu,papan) terpakai. Jikalau pengusaha boleh mendapat tenaga kemahiran untuk membina kandang lagi bagus..tak payah nak upah orang…so kos untuk “setup” kandang kambing boleh dikurangkan….bak kata sahabat aku “kalau buat kandang kambing dengan emas pun…kalau kambing tak nak dok kat situ…tak guna juga…perabis duit”. So yang penting kandang tersebut adalah mengikut spesifikasi yang diperlukan tetapi dengan sentuhan kreativiti pengusaha itu sendiri.