Bob

Posts Tagged ‘terengganu’

HABUAN MAHA..PERCUTIAN KE PULAU KAPAS TERENGGANU

In artikel, Percutian on Oktober 14, 2008 at 6:16 pm

Berakhirnya MAHA 2008, maka berakhirlah kerja keras selama ini bagi memastikan “group” ini menyertainya. Sehubungan dengan itu maka tiba lah habuan bagi mereka yang terlibat.

Pada akhir bulan ogos sebelum bulan puasa kami telah memilih Pulau Kapas, Terengganu sebagai tempat percutian.

Lama tak jumpa pantai nie…sesekali mengasingkan diri dari dunia kambing buat seketika.

Bagi aku nie memang kali pertama jejakkan kaki ke Pulau Kapas. Sebelum ini adalah beberapa pulau yang aku dah jelajahi seperti Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil , Pulau Aur semuanya di perairan Mersing, Johor.

Langkawi pun pernah juga tetapi aku rasakan Pulau Langkawi dah terlalu komerisial..keaslian semulajadi semakin lenyap. Kalau nak pi “shopping” boleh lah.

Alhamdulilah setelah kami tiba disana suasana memang cantik dan sesuai dengan diri aku yang pecinta alam semula jadi. Tapi yang malasnya walaupun dah ada kat pulau fikiran dan mulut asyik citer pasal kambing…..apa daaaaaaa….orang nak bercuti la..

Ok lah aku sertakan lah sedikit lagi gambar-gambar di sana..biar gambar jer cerita…aku penat nak cerita..sebab sekarang nie aku bukan sahaja penulis blog jutawantani nie tetapi dah terjerumus menjadi pembantu penulis blog berkaitan isu-isu panas nie (politik laaa)..

Malah sekarang ada jemputan pula menjemput aku menjadi sebagai penceramah kepada golongan siswa-siswi…oh tidak..bersediakah aku????

Advertisements