Bob

Archive for the ‘pertanian’ Category

Kursus Teknologi Kambing Boer 9 – 11 Januari 2009

In agriculture, Akuakultur, artikel, Kambing boer, kursus, penternakan, Percutian, pertanian, SEO on Disember 12, 2008 at 10:54 am

Salam kpd rakan2 semua,
Setelah bertungkus lumus di dalam 5 bulan yang lepas start dari maha hinggalah membuat selection kambing, kini kami mempunyai masa dan berpeluang untuk menganjurkan kursus.Kami akan anjurkan kursus teknologi penternakan kambing boer dan Kami alu2kan kepada semua penternak mahupun yang baru nak menternak untuk turut
serta di dalam kursus ini, dimana kami bawakan 2 penceramah yang terkenal di Australia serta 1 pakar nutrisi permakanan haiwan ruminan no 1 di Malaysia dari Mardi iaitu Dr Wan Zahari dan 2 Dr verterinar dalam perubatan serta beberapa penternak yang telah berpengalaman lebih 3 tahun dalam kendalian secara moden dan efisyen skala besar operasi harian ternakan dalam industri ternakan untuk berkongsi pengalaman serta memberi pelbagai tip yang bersesuaian yang diboleh pakai dengan environment disini. Kursus ini lebih kepada Seni Pembakaan Kambing Boer, diharap rakan2 yang telah register atau belum sila mengumpul pelbagai soalan khasnya dari segi seni pembakaan, agar kita dapat tahu gambaran sebenar yang dialami dan cara penternakan yang dipraktis disana.Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati www.boerbest.com . Terima Kasih.
-Another Event Brought to you by BoerBest Group

Objektif

1 – Memberi pendedahan yang sebenar kepada peserta mengenai kambing Boer dari segi pengurusan, penjagaan, pembiakan, permakanan dan perubatan menerusi penceramah berpengalaman yang terkenal di dunia penternakan kambing serta wakil dari agensi kerajaan yang berkaitan.

2 – Berkongsi pengalaman dan maklumat mengenai industri penternakan kambing Boer di Australia melalui penceramah jemputan – Jim Boer dan Geoffrey Davies

3- Memberi panduan dan bimbingan kepada peserta mengenai pemasaran dan pengurusan kewangan bidang penternakan kambing.

4 – Memberi peluang kepada peserta melalui pengalaman lawatan sambil belajar di kandang ternakan kambing Boer

Jawatan Kosong – Pengurus Projek Cendawan di Terengganu

In agriculture, kursus, pertanian on April 21, 2008 at 1:39 pm

Saya mewakili bakal penyewa pakej bangsal cendawan dan kedai kepunyaan ayah saya di Terengganu ingin mencari seorang yang mempunyai minat yang tinggi untuk menjalankan projek cendawan di Terengganu.

Ciri-ciri yang diperlukan adalah:
1. Menpunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan.
2. Boleh bekerja lebih masa.

3. Tidak malu bertanya.

4. Boleh bekerja berat.

5. Mempunyai ijazah, diploma atau sijil dalam apa-apa bidang. Bidang pertanian adalah diutamakan. Sekiranya tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi, cukuplah boleh membaca, menulis dan mempunyai kemahiran komputer yang asas.
6. Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik.
7. Sanggup menerima gaji yang minimun dan bonus akan diberikan berdasarkan prestasi kerja.
8. Mempunyai lesen memandu B2 dan D.

Bagi yang berminat boleh la hubungi saya di talian 0126221149 atau Cik Anga di talian 0196416251 untuk sesi temuduga.

Terima kasih.

cerita lanjut di http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/ingin-memulakan-projek-di-terengganu.html

dan http://siswazah-tani.blogspot.com/2008/04/jawatan-kosong-pengurus-projek-cendawan.html

* dari http://www.siswazah-tani.blogspot.com

DIHARAPKAN SESIAPA YAMNG BERMINAT SILA HUBUNGI RAKAN SAYA CIK FATISHA DI NO YANG DISEBUT DI ATAS.

Klip Video Pertanian Adalah Perniagaan

In agriculture, pertanian on Februari 14, 2008 at 6:18 pm

Hai kawan-kawan seperjuangan semua bagi sesiapa yang ingin download klip video “Pertanian adalah Perniagaan” boleh lah downloadnya sekarang disini. Motivasi untuk diri anda bagi mereka yang bergelar “usahawantani”.

Klik “Play” untuk lihat video klip tersebut….

Boleh juga download di link asal disini

 

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!

 

Panduan buat Usahawantani…akhirnya ebook saya dilancarkan…

In agriculture, pertanian, SEO on Februari 4, 2008 at 11:27 am

Alhamdulilah pada hari ni saya dapat siapkan ebook yang dah lama saya ingin kongsikan. Setahun pengalaman membangunkan blog yang berorientasi kan sektor pertanian dan industri asas tani dan dalam masa itu jugalah sektor ini berkembang pesat malah kejayaan mempopularkan kewujudan Portal Agribazaar (untuk lihat status klik sini)seolah-olah memberi bukti kukuh dengan apa yang berlaku. Transaksi terkini di portal tersebut mencecah hingga RM200juta bagi akhir tahun 2007.

Maka dengan kewujudan ebook ini harap dapat membantu para usahawantani dan rakan-rakan seperjuangan yang lain dalam bidang ini. Sebarang kemusykilan sila email saya.

iklanebook.gif

*sila beri maklumkan kepada saya jikalau anda mengalami masalah untuk mendapatkan ebook ini.
* ebook ini adalah sesuai untuk mereka yang ingin mengetahui tips2 menggunakan platform blog seperti wordpress.com atau blogger.com sebagai medium atau instrumen mengiklan atau mempromosikan perniagaan anda tidak kira dalam sektor usahawantani atau yang lain2..

Ada apa dengan cendawan??

In agriculture, pertanian on Januari 29, 2008 at 10:52 am

 

chiniagro.gif

Hari ni saya nak cerita pasal cendawan pula…almaklumlah..saya kini juga cuba-cuba menceburi bidang penanaman cendawan, yang mungkin sebenarnya di ceburi oleh isteri saya sendiri. Dengan tunjuk ajar dan kerjasama dari Fatisha AgroFarm alhamdulilah isteri saya pun telah menamatkan kursus di tempat beliau. Gambar disini.

Disini saya akan melihat apakah kebaikan cendawan pula:

-Daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a katanya.“Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda:Cendawan adalah sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati mata”

-Sejak 3000 tahun dulu lagi di percayai dapat mengekalkan keremajaan kulit dan menghilangkan stress

– dapat merawat kanser, merendahkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi serta meningkatkan sistem ketahanan badan.

itu antara khasiat yang dapat saya terangkan disini. Sekarang nie ramai yang ingin menanam cendawan samada secara kecil-kecilan atau secara komersial. Maka sudah tentu anda memerlukan panduan yang berguna sebelum membuat keputusan. Maka saya membuat satu reviu kepada ebook yang baru diterbitkan ini:

e-book-latest3.gif

Ebook ini diterbitkan oleh Saudari Rusila iaitu pemilik Fatisha Agrofarm yang telah berjaya mengadakan kursus-kursus cendawan untuk peserta khusunya di Lembah Klang.

 

Ebook ini padat dan lengkap dengan ilustrasi yang memberi pemahaman yang maksima untuk pembaca. Di antara perkara yang disentuh didalam ebook ini:

– Pengenalan tentang cendawan dan EM.
– Kaedah penanaman, pengukusan, penuaian hasil, dan pembungkusan.
– Gambar semua contoh-contoh kulat perosak.
– Gambar contoh serangan penyakit pada cendawan.
– Pengawalan kerosakan.
– Penjagaan.
– Bajet memulakan projek cendawan secara kecil-kecilan.
– Lebih tebal, padat dan lengkap.
– 110 muka surat dengan ilustrasi yang jelas.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan ebook ini boleh lah menghubungi beliau di blog beliau http://siswazah-tani.blogspot.com atau melalui telefon bimbit 0126221149.

 

Apa yang anda perlu tahu untuk tahun 2008 ini..

In agriculture, Akuakultur, Kambing boer, penternakan, pertanian on Januari 11, 2008 at 12:25 pm

Pengeluaran dalam Negara Meningkat:

-Akuakultur sebanyak 1.1%

-Sayur-sayuran 8.5 %

-Penternakan Lembu dan Kerbau 84.8%

-Penternakan kambing 82.9%

– Ayam 20.1%

– Telur 13.6%

-Ikan hiasan 19%

-Lain-lain data utk kategori lain tidak diketahui…

Walaupun dengan peningkatan pengeluaran yang ada data menunjukkan ianya hanya memenuhi keperluan negara:(saya cuma ada data untuk ternakan sahaja)

-Lembu/Kerbau 25% di dalam pasaran

-Kambing 9% di dalam pasaran

-Tenusu 5% di dalam pasaran

Penguasaan pasaran masih menunjukkan dikuasai oleh daging import dari luar.

Pertumbuhan Ekonomi

-Kambing/bebiri 30.3% dari unjuran asal 8.9%

-Lembu/Kerbau 24.5% dari unjuran asal 9.6%

-Tenusu menurun 0.8%

Produk tani yang mempunyai potensi berterusan:

-Kubis, cili, halia, cendawan, sawi, ubi keladi. Sebilangannya masih diimport dengan jumlah yang besar dari luar. Pengeluaran di dalam negara dapat mengimbangi perkara ini.

-Pisang, nanas, nangka, belimbing, jambu batu, betik dan tembikai. Sentiasa mendapat pasaran di antarabangsa.

Negara Pengimport Terbesar Produk Kita

-Singapura

-Hong Kong

-Amerika Syarikat (U.S)

-Brunei

-Jepun

Peranan Portal Agribazaar

Bermula pada tahun 2004 dengan pengguna berjumlah 1800 orang sahaja dan transaksi bernilai RM 21 juta pada tahun 2006 telah meningkat kepada RM 200 juta pada tahun 2007 dengan pengguna berjumlah 29,148 orang. Satu peningkatan yang amat drastik. Di jangkakan transaksi yang berlaku pada tahun 2008 akan melonjak melebihi RM 350 juta.

* Segala data dan pandangan yang diberi adalah berdasarkan data cerapan dari simpanan dan pemerhatian penulis sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab di atas jikalau ada data-data yang kurang tepat. Diharapkan ianya menjadi penunjuk aras bagi mereka yang terlibat didalam bidang ini.

Inginkan kertas kerja perniagaan berkualiti dan diterima oleh MARA dan SMEBank?Dapatkan DiSini!!